Friday, June 25, 2010

Alahai Anakku..Surgeory on 2nd July 2010

~~~'~Salam Kawan-kawan ..Keputusan menunjukkan anakku memang mengidap Hernia Right Side..Kini kami redha atas kententuan Illahi, dan segala fakta yg diberitahu oleh doktor sejak ( 1st operation 2009)bahawa 80% hernia right side will be come out anytime.Now kami get ready on it. Azfar Harith putera sulung kami akan menjalani Pembedahan Hernia Right side pada 2 July 2010 di Puteri Speacialist Hospital, Johor..Doa ku agar segala proses pembedahan dipermudahkan oleh Nya.-amin..kawan-kawan pun jangan lupe doakan sekali untuk anak saye ye....Sekian catatanku untuk informasi anda...~~`~~

~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 3 )

~Selamat Pengantin Baru semoga kekal abadi bahgia ke anak cucu~

Perjalanan kami diteruskan dr Parit Jalil , ke rumah raja sehari di Seri merlong , Rengit batu Pahat Johor yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.Kami telah merancang utk pergi bersama sama seorang lagi rakan lama yang perjalannya datang dr arah Johor Bahru. Kami telah berkumpul di kawasan daerah Taman Tasik Punggur Senggarang, Ternyata kerinduan kami  yang telah hampir setahun tak berjumpe terhadap member yang di gelar "dot" telah memecah kesunyian dengan gelak2 ketawa kami. Rombongan 2 kereta kami sampai di perkarangan rumah pengantin lebih kurang jam 1.30 petang...

Keadaan suasana rumah pengantin yang riuh rendah dengan kedatangan para tetamu di tambah lagi dengan cuaca cerah panas terik membuatkan kami tak sabo-sabo mahu ke khemah menumpang redup. Kedatangan kami 2 keluarga disambut oleh kakak pengantin "Kak Melati" yang lebih senang dengan panggilan "Kak Ngah"..Kami dijamu nasi minyak sebelum acara kemuncak "bersanding" bermula...Tepat jam 2 kedengaran paluan kompang menandakan acara bermula dan ketibaan pengantin lelaki dtg bertandang...sememang nye penduduk kg Sri Merlong ini penuh dengan adat adat- Pengantin dirai dengan persembahan pencak silat, tarian Kuda Kepang dr kumpulan penduduk batu pahat dan juga alunan kompang yang terus menerus sekali gus memeriahkan lagi majlis Raja sehari "Mawar & Shamsul".


::1&2. Ketibaan pengantin lelaki disambut oleh pengantin prempuan::
::3 & 4.Pencak silat & tarian meraikan kedatangan kedua mempelai::


:: suasana di pelamin ketika upacara bersanding::
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`~
PANAS KERING SIAPAKAN TAHU
HUJAN RINTIK DI DAUN PANDAN
BERJALAN SEIRING BERSENTUH BAHI
SAMA CANTIK SAMA PADAN
~~~`~~~~~~~~~~~~~~~~~~


::gamba utama (I yang telah di jemput utk menepungtawar ::
:: kami juga tidak mahu melepaskan peluang berposing di depan lensa
kamera berlatar belakangkan raja sehari ::
::Pengantin perempuan merupakan bekas pengapit saya semasa majlis perkahwinan kami tahun June 2007::

Kami telah beredar dari rumah pengantin sebelum acara selesai kerana kami harus meneruskan destinasi seterusnye iaitu ke segamat..Kampung Hubby..
Okla ssampai disini dulu catatan ku utk informasi kali ini..
Bye..Wassalam



Tuesday, June 22, 2010

~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 2 )

Hai Kawan-kawan..ni sambung dr part 1 tau...lepas kitorang dah berhempas pulas penat melayan anak anak...di Wetworld batu pahat...kami pun meneruskan destinasi berikutnye...sebenarnya nak cari tudung color purple sebab nak match kan ngn baju kurung yg dibawa untuk attend wedding member keesokkan harinya..tp bile tgk2 bandar batupahat jam 7.30 mlm dah tutup segala..sunyi jer...ape yg kami nampak yelah Summit Mall..iaitu shopping complex yang terkemuka daerah DUN Batu Pahat...hehehe..betul ke aku ckp ni???...singgah la kejap..masuk masuk tgk pun sma takder langsung kedai kedai Melayu yg jual baju atau tudung yg mcm kat Plaza Angsana JB tu...meriah kan...luckly ade sebuah butik , i thought ownernye mesti Chinese "butik Layang-Layang" butik ni jual baju-blouse, baju kurung and ade sikit la tudung...tu pun x byk sgt choise..Alhamdullilah ade lak tudung color purple yang match ngn baju kurung td...terus capai try n bayar settle...takyah nak rushing2 cari kedai lain..sempat lak kami tgk Magic show Malaysia Batu Pahat yang diadakan disana...tp kami tak tgk sampai show tu habis la..sebab byk lagi destinasi ni...singgah jap ke The Stor pi beli jajaan nak makan dlm kete heehe...sempat lagi tu...


Keaadaan kat luar ni dah gelap ...memang ler sebab dah hampir 8.30 mlm...kami meneruskan perjalanan ke destinasi ke Parit Jalil,Homestay Puan Masenah...Homestay ni memang kami dah book awal ler..memang tujuan utk bermalam disini supaya esok senang utk ke seri merlong batu pahat wedding member tu..Kire perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 45 min (+- traffic light semua la)utk sampai ke homestay ni..Kami sampai di sana dalam pukul 9.15mlm...Ketibaan kami disambut baik oleh Tuan rumah hometsay. Untuk pengetahuan semua Pn Masenah yang merupakan bekas pesara guru telah menyediakan khidmat homestay bagi mereka yang tiada tempat penginapan sekiranya berkunjung ke kawasan berdekatan Parit Jalil dan area-area berdekatan.Kami telah memilih pakej sebilik satu malam lengkap dengan set Breakfast. Keaadan bilik yang amat luas, selesa beserta dengan kesejukan aircond membuatkan kami 4 beranak tdo dgn nyenyak sekali. Pada keesokan pagi harinya (Ahad 13/Jun/10) kami telah disediakan dengan pelbagai juadah sarapan pagi beserta desert "Durian" hehe..Setelah beramah mesra dengan tuan rumah,Kami bersiap sedia menyiapkan diri utk keluar dari homestay Pn Masenah atas Tujuan utama kami ke Batu Pahat Undangan Kawin "Mawarnina" di Rengit .Ternyata layanan yang diberikan oleh Tuan Rumah yang sememnagnye mesra pelanggan amat memuaskan hati kami sekeluarga.Terima Kasih "PN.MASENAH HOMESTAY".


::sempat kami berposing didepan lensa kamera bersama-sama owner ::
::rumah dihadapan pintu masuk utama::
~~Homestay milik~~


~~~Ok nanti sambung (part 3) yer,,destinasi ke Rumah Pengantin Sri Merlong Rengit~~~

Friday, June 18, 2010

~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 1)


::Pemandang dari pintu masuk Wet world::

Salam kawan-kawan..kali ni xtvt ujung minggu kami memang panjang sikit memandangkan permohonan cuti tahunan yang diambil telah diluluskan oleh ketua jabatan bersempena dengan cuti sekolah 2 minggu.Kami telah merancang utk pergi ke majlis kenduri kahwin member di Sri Merlong Rengit BP  seterusnya pulang ke kampung Segamat, lantaran kami mencari alternatif untuk singgah ke Wetworld Batu Pahat. Berdasarkan analisa kajian yang dibuat oleh kami terhadap anak sulung kami yang cukup suka klu dibawa ketempat mandi manda justeru kami membuat keputusan membawanya kesini.Alangkah seronoknya dia dpt ke sini..kami un tumpang gembira.Siap segala kelengkapan mandi boya telah kami belikan utknya kecuali swimming suit (tak sempat nak beli).Perjalanan kami kesini mengambil masa 2jam dari Johorbahru. 2jam disebabkan kami sesat mencari lokasi wetworld yang akhirnya sampai juga di destinasi

::Azfar dengan aksi aksi tak sabo sabo nak mandi kolam::

::gembira sgt dapat mandi kolam::

Si bujang Azfar ni ajak ayah n ibu mandi sekali. tapi ibu tak dpat mandi sama sama sebab Adik tak tdo lagi..lagipun adik belum menyusu..kami memang merancang nak mandi sama sama satu family. tapi biarlah ayah temankan Azfar mandi dulu sementara ibu menyusukan adik..


::ibu with Amsyar rehat dulu sebelum mandi::

Keriangan Azfar disambut baik ,ragam dan keletahnya di turuti oleh ayah tersayang.Walaupun penat driving lebih kurang 2 jam setengah tadi masih belum hilang, namun ayah tetap kuat kan semangat untuk melayani rentak anak bujang nya ni. Ayah turun padang memeriahkan acara mandi manda kami.

~aksi aksi mesra ayah bersama si bujangnye ~

Perasaan yang tak sabo sabo dan membuak buak setelah melihat 2 beranak tu beraksi di dalam kolam..kali ni ibu dtg bersama Azfar ayah dan adik.Adik lak buat pertama kalinya merendamkan kakinye di dalam pool..selalunye rendam jugak tapi rendam dlm besen mandi pool di rumah saje.Bukan main suka lagi dia.Dalam air pun masih nak melompat-lompat macam spring.Kami mandi satu family dengan gembiranye...


::aksi aksi K.A.M.I::


Hai Kawan-kawan.....lepas kitorang dah berhempas pulas penat melayan anak anak...hampir 1jam si adik berendam dlm kolam..en Hubby pun bg signal suruh I naikkan adik dulu..takut adik beku dek kesejukkan air kolam..so kami pun bawa adik naik dulu tukar pakaian sementara en hubby dan si abang sambung pejuangan memandikan diri dalam kolam semula..ahaksssss tak puas le tu mandi :)..tepat jam 6 petang kedengaran sound speaker signal suruh pengunjung get ready meninggalkan kawasan pool pada jam 6.30 ptg sebab operasi mandi mandian akan tamat jam 7ptg...kelihatan wajah wajah kesayangan hamba yang sgt letih lepas dr mandi tu..memang sure mlm tu tdo tak sedar sedar....


ok kite sambung
~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 2-bermalam di Homestay)













Friday, June 11, 2010

~@@hari ni last korje esok lusa tulat cuti cuti

tak sabar nye nak tunggu sabtu ahad isnin selasa dan rabu..plan kami sememangnya tak teratur. Yang pastinya esok 12 Jun 2010 kami akan bertolak ke Rengit Batu Pahat atas undang perkahwinan member xhousemate a.k.a xkolej. "Selamat Pengantin Baru buat Pn Mawarnina Bt Yusof" tunggu kehadiran kami berempat.Kononya nak stay kat homestay sekiar BP...malang nasib kami semua homestay is fullybooked..ouchhhhhh..tengokla ape xtvt selanjutnye esok...okeylah kawan kawan tunggu saya di blog akan dtg.Bye...

Thursday, June 10, 2010

~@Harriss Bookstore~


First time ke Hariss Bookstore ..memang kami x pernah ke masuk kedai buku ni sepanjang Jusco Tebrau dibuka ini lah first time kami itu pun sebab En Hubby nak cari bahan rujukan mengajar disana.Terpegun seketika melihat keaadan sekililing ruang didalam kedai ni ,Harriss memang segah namanye namun masih lagi tak dpt menandingi ada satu kedai buku di Suria KLCC tu ape namanya ermm "Kinokuniya" yang glamor dan ruang kawasan yang luas...lengkap segala macam buku disana..hehe tp kedai buku Hariss ni masih lagi dpat memenuhi kehedak En Hubby sebab ape yang dia nak cari semuanya ada disini.(opss ni bukan promosi ye).Suhu kesejukkan di dalam kedai ni memang cukup membuatkan Si kecil kami nyenyak tido lena didalam strollernya..dan si abang Azfar yang telah pun memakai sweater turut mengadu kesejukkannya.Mata meninjau accesories yang terdapat didalam Harris, maka terpukau satu Flusk(dah tak ingat brand ape yang bersaiz kecil rupa yang menawan memikat hati sesiapa yang melihat..Namun harganya agak memeranjatkan Opss harga yang hampir mencecah RM200++lantas hati berkata ape kah bahan yang diperbuat daripada.....bermacam-macam lagi la barangan lain selain dari buku bukuan yang terdapat di Harris Bookstore.Jika anda berminat kesini singgah la di Harris Bookstore Jusco Tebrau City, Johor Bahru.

Wednesday, June 9, 2010

Jemput anak anak sebelum pulang

Salam untuk kawan-kawan blog..hari hari yang berlalu sunnguh menggembirakan hati dengan kehadiran 2org putera-putera yang tersayang.Begini lah keadaannya setiap hari .selepas balik dari kerja kedua dua anak ku akan dijemput dari rumah pengasuh.Azfar di rumah tok tehnya dan Amsyar di umah ibu Esahnya sekitar jam 6-6.30 ptg. Penat berkerja akan serta merta akan hilang tatkala melihat keletah siabang yang takpernah  penat untuk berceloteh. Ragam sidua beradik didalam kereta ini seakan melupakan kerja-kerja rumah yang sedang menanti.Blog kali pendek je memangdang dah nak dekat pukul 5.30..nak balik dah...bye

:: Ni gambar-gambar yg sempat di snap sebelum turun dr kereta ::

Tuesday, June 8, 2010

~Betapa nghalatnye aku~


SubnaAllah..Maha kuasa Allah...SaBTU malam ahad yang malang buat sicomel Amsyar yang telah jatuh dari katil.Aku bangun untuk tunai kan hajat ditandas setelah selesai menyusukan Amsyar yang telah lena dibuai mimpi yang indah  kot.Kiri dan kanannya telah pun dikemas rapi diletak bantal-bantal keliling supaya dia tidak dpt melepasi halangan yang aku dah buat.Time tu aku rase seperti ader sesuatu yang akan terjadi lantas aku bingkas sepantas kilat ke bilik semula.seperti mimpi aku nampak Amsyar yang sedang lena tido ruparupa bergolek-golek satu step..dlam hati sempat la nak alihkan amsyar ketengah katil semula..rupe dia lagi cepat dari langkahku.dia jatuh didepan mata tanpa sempat langkah kaki ku yang terakhir sampai ditempat kejadian..aku hanya menjerit Kuat  memanggil "ADIK" sedangkan Amsyar dah pun berada di bawah..mujur la ade tilam dibawah dan takder ape ape cedera berat ke atas Amsyar hanya dahinye yg sebelah kiri terkena tapis di bawah katil..nampakla kesan merah sikit yng akhirnye hilang..Time Amsyar jatuh..tu dia nangis aku tak tahulah samada dia nangis sebab terkejut atau sebab dia sakit..sebab dari signal tangisan nye tu nampak mcm dia nangis sebab terkejut dgr soara aku menjerit..hahaha...alhamdullilah Amsyar kini riang seperti biasa..
Ok la nanti kite sambung di blog yang akan dtg  ye...

Related Posts with Thumbnails