Friday, June 25, 2010

~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 3 )

~Selamat Pengantin Baru semoga kekal abadi bahgia ke anak cucu~

Perjalanan kami diteruskan dr Parit Jalil , ke rumah raja sehari di Seri merlong , Rengit batu Pahat Johor yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.Kami telah merancang utk pergi bersama sama seorang lagi rakan lama yang perjalannya datang dr arah Johor Bahru. Kami telah berkumpul di kawasan daerah Taman Tasik Punggur Senggarang, Ternyata kerinduan kami  yang telah hampir setahun tak berjumpe terhadap member yang di gelar "dot" telah memecah kesunyian dengan gelak2 ketawa kami. Rombongan 2 kereta kami sampai di perkarangan rumah pengantin lebih kurang jam 1.30 petang...

Keadaan suasana rumah pengantin yang riuh rendah dengan kedatangan para tetamu di tambah lagi dengan cuaca cerah panas terik membuatkan kami tak sabo-sabo mahu ke khemah menumpang redup. Kedatangan kami 2 keluarga disambut oleh kakak pengantin "Kak Melati" yang lebih senang dengan panggilan "Kak Ngah"..Kami dijamu nasi minyak sebelum acara kemuncak "bersanding" bermula...Tepat jam 2 kedengaran paluan kompang menandakan acara bermula dan ketibaan pengantin lelaki dtg bertandang...sememang nye penduduk kg Sri Merlong ini penuh dengan adat adat- Pengantin dirai dengan persembahan pencak silat, tarian Kuda Kepang dr kumpulan penduduk batu pahat dan juga alunan kompang yang terus menerus sekali gus memeriahkan lagi majlis Raja sehari "Mawar & Shamsul".


::1&2. Ketibaan pengantin lelaki disambut oleh pengantin prempuan::
::3 & 4.Pencak silat & tarian meraikan kedatangan kedua mempelai::


:: suasana di pelamin ketika upacara bersanding::
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`~
PANAS KERING SIAPAKAN TAHU
HUJAN RINTIK DI DAUN PANDAN
BERJALAN SEIRING BERSENTUH BAHI
SAMA CANTIK SAMA PADAN
~~~`~~~~~~~~~~~~~~~~~~


::gamba utama (I yang telah di jemput utk menepungtawar ::
:: kami juga tidak mahu melepaskan peluang berposing di depan lensa
kamera berlatar belakangkan raja sehari ::
::Pengantin perempuan merupakan bekas pengapit saya semasa majlis perkahwinan kami tahun June 2007::

Kami telah beredar dari rumah pengantin sebelum acara selesai kerana kami harus meneruskan destinasi seterusnye iaitu ke segamat..Kampung Hubby..
Okla ssampai disini dulu catatan ku utk informasi kali ini..
Bye..Wassalam



2 comments:

Anonymous said...

ahaks pn as...aku bru tjmpe ko nyer blog...rajin sungguh kwn ku ini..eh tp kan nama kg aku slh tuh..huhuhu kg sg dulang..bru btul..anyway as thanks alot coz dtg aritu..really miss u...tk smpt borak pnjang n main ngn ko nyer hero2 tuh...keep in touch dear..

AB:: said...

salam Pn Mawa...tahniah dah begelar Puan yer...ahaksss..aku tgk sign board nk pi umh k sri merlong..so aku pun tala la sri merlong yer...sorry ek salah..huhu..anyway aku pun rindu kat ko..takpe nanti ader mase kite jumpe n borak lama2 key..

Related Posts with Thumbnails