Hari ni x tahu nak update ape...belek belek hset nampakla gambar si bujang bulat my dear Amsyar..nampaknye Amsyar semakin membesar dan semakin ligat, aktif. Anak kami yng ini sangat aktif mungkin hasil dr nama nye yang bermaksud "cergas"..hari hari kami dok panggil Amsyar Amsyar Amsyar..sehingga la seswai dengan keaktifanye. Pantang letak bwh sekijap je dah nak panjat panjat, pantang nampak barang2 kecik dimasukkan kedalam mulut...Nasib baik letak dlm walker.tapi biasenye dia ni tak suka sgt nak dok dlm walker ni lama lama. kejap je dah melalak minta di dukung.Kesian..alahai ibu tgh sibuk ni terpaksa tinggalkan keje sekejap melayani karenahnya.
Friday, July 23, 2010
si bulat yang semakin ligat
Posted by AB:: at 5:23:00 PM 0 comments
Labels: Amsyar ligat
Wednesday, July 21, 2010
Siakap Stim
Sabtu yang lepas ,cousin i dtg melawat my hubby. Siap bwk ikan siakap 2 ekor.Katanye suruh i masakkan Hubby sempena hari hari sakitnya. Lama gak i pikir nak masak ape dgn ikan siakap tu...surf punye surf internet terjumpe resipi siakap stim..so balik dr kerjaterus beli bahan bahan nak masak siakap stim tu...hehe inilah hasil air tangan ku utk sang suami tercinta...sedap cume termanis la.terlebih asam boii...(terlebih sudah)).next round masak sure lagi perfect huhu...
Posted by AB:: at 5:07:00 PM 0 comments
Monday, July 19, 2010
Resipi Nasi Goreng Jagung
Posted by AB:: at 8:46:00 AM 0 comments
Wednesday, July 14, 2010
:: Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa ::
Husband perlu berehat di wad selama mana selepas semuanye Ok.if dah boleh minum x muntah lagi, if dah boleh makan x muntah lagi, dah buang air kecik, air besar, k**t*t...baru boleh discharge dr hospital.Alhamdullillah semuanye mengambil masa selama 4hari atfter operation...utk pulang ke rumah.Namun pergerakkan nye tetap terbatas. Atas nasihat doktor dia hanya boleh melakukan kerja kerja ringan sahaja hanya selama sebulan dan cuti sakit diberikan selama 14 hari. manakala hari yang kesepuluh dr tarikh pembedahan suami harus pergi ke klinik utk membuka jahitan yang sepanjang 5cm tu..(auwwww ngerinye). Kepulangan suami juga telah disambut oleh kedua ibu & ayah mertua ku yang dtg dr Segamat taklupa juga disambut oleh anak kami yang sulung..(5 hari tak jumpe ayahnye..kesian). Terima kasih pada rakan dan sedara mara yang turut hadir menziarahi suami di hospital terutama buat .En.Alamshah( rakan karib husband) ayah & ibu mertua, En Bukhari (rakan sekolej suami yang dtg dr Kluang, En Is (Dr bahagian Diet mkananan HSI yang juga merupakan rakan sekolah husband), Pn Masliah & En Hazriq, mak uda dan Hakim, ayahku dan En Fairuz (adik ipar aku).Terima kasih juga kepada staff HSI terutama doktor-doktor yang telah merawat husband sepanjang di HSI.
~:: Doa ku semoga suami tercinta cepat cepat sembuh seperti sedia kala::~
Posted by AB:: at 3:03:00 PM 0 comments
Labels: hubby ku sakit
Tuesday, July 6, 2010
Azfar @ Hospital
4th Jun merupakan tarikh hari pembedahan untuk anak kami yang sulung. Jam 12pm -5am Azfar perlu bepuasa atas sebab syarat2 pembedaha.and last dia minum susu ialah pada jam 5pagi..tp memang pun time-time pagi mcm ni kami x pernah pun bagi makanan padanye.jadi tiada masalah baginye utk berpuasa.Pukul 6.30pagi kami dah kejutkan Azfar supaya bagun n mandi cepat2..takot takot terlewat pula memandang kan temujanji kami ialah pada jam 7.30 pagi..mujurla dia dengar kata ibu dia..Kesesakan lalulintas pasirgudang-johor bahru menggusarkan hati kami namun kegusaran itu lenyap apabila staf Puteri telah menghubungi kami bagi menkonfimkan kedatangan kami.Lantas situasi lalulintas dengan keaadan ttraffic jam yang kami alami di beritakan kepada staff tersebut dan temujanji yang diatur terpaksa di lwatkan setengah jam kemudian nya.
Setibanya kami di puteri kami terus menuju ke wad kecemasan dan kami dihantar ke tingkat 4 wad kanak-kanak..Azfar diberi ubat minum bg mengrilekskan keaktifannye..sebelum dibawa ke dewan bedah.setelah 1/2 jam kami di bawa ke dewan pembedahan.Sebak jugak tgk my son ni...tpi demi utk kebaikannya..kami gahkan jugak.aku ni jenis penakut belum sampai dewn bdah lagi perut dah kecut bukan pun aku yg nak kene bedah tetapi anak kami..Justeru aku mengambil keputusan utk tidak masuk ke dewan pembedahan dan tuagasan ini diajukan kepada suami tercinta utk menemani Azfar yang sememang mesra bersama ayahnda nye.Suami la yang melayani karenah si Azfar tatkala 1/2 jam sehingga Azfar tetrido sebelum pembedahan dilakukan.Aku yang berada di luar hanya mengankat tangan meminta doa supaya anak kami selamat dalam pembedahan. Menurut kata suami Azfar yang meronta ronta sebelum pembedahan terus diberi oksigen sebelum diberi suntikan bius oleh Pakar bius.Setelah operasi bermula suami di arahkan keluar dr dewan pembedahan dan duduk la kami berdua di luar pekarangn dewan pembedahan bersama sama lagi ahli keluarga pesakit yang lain. Satu demi satu nama waris pesakit yag telah selesai dioperasi di panggil oleh doktor..kami hanya menunggu dengan debaran sambil memanjatkan doa kepada yang Esa.Setelah hampir 1/2 jam kami menunggu...kedengaran suara Dr Lai Fui Boon dr unit Paedeteric nd Surgeory kanak yang telah melalku kan operasi terhadap anak kami memanggil nama kami .." anak puan telas selesai dibedah .lubang yang dihadapinya berdiameter sebesar ibu jari dan kita telah menutup lubang tersebut dan 1/2 jam dr sekarang dia akan keluar dr dewan ni" Hampir nak menitis air mata syukur kepada Tuhan anak kami selamat..Kami yang taksbar sabar menanti dengan hati yang tenang..tetiba klibat Azfar yang didokong oleh misi sampai di pintu dewan bedah..keaadaannye masih amat lemah kemungkinan kesan dr ubat bius dan ubat tido tu masih ade..dia seperti mamai mamai lagi merengek meminta balutan ditangannya dibuka. Mujur misi misi yang cekap td pandai berdrama utk mengalih arah niat si Azfar td. Kami dan azfar di bawk ke wad semula. Pesanan oleh misi supaya memberi Azfar minum air putih bile dia bgun dr tdo dan tunggu 10 min klu tak muntah baru sambung bg susu dan tunggu setengah jam kalau tak muntah baru sambung bg makan nasi..Ini semua atas arahan doktor bg melihat perkembangan usus nya selepas pembedahan tadi. Kami pegang pesanan itu..sehingga la Azfar betul2 sedar dr tdo.Kmi berada di wad lebih kurang 3jam bagi menungu last wad review oleh doctor sebelum pulang kerumah.
******************************************************
Posted by AB:: at 4:39:00 PM 2 comments
Labels: azfar di hospital
Friday, June 25, 2010
Alahai Anakku..Surgeory on 2nd July 2010
~~~'~Salam Kawan-kawan ..Keputusan menunjukkan anakku memang mengidap Hernia Right Side..Kini kami redha atas kententuan Illahi, dan segala fakta yg diberitahu oleh doktor sejak ( 1st operation 2009)bahawa 80% hernia right side will be come out anytime.Now kami get ready on it. Azfar Harith putera sulung kami akan menjalani Pembedahan Hernia Right side pada 2 July 2010 di Puteri Speacialist Hospital, Johor..Doa ku agar segala proses pembedahan dipermudahkan oleh Nya.-amin..kawan-kawan pun jangan lupe doakan sekali untuk anak saye ye....Sekian catatanku untuk informasi anda...~~`~~
Posted by AB:: at 1:39:00 PM 2 comments
~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 3 )
~Selamat Pengantin Baru semoga kekal abadi bahgia ke anak cucu~
Perjalanan kami diteruskan dr Parit Jalil , ke rumah raja sehari di Seri merlong , Rengit batu Pahat Johor yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.Kami telah merancang utk pergi bersama sama seorang lagi rakan lama yang perjalannya datang dr arah Johor Bahru. Kami telah berkumpul di kawasan daerah Taman Tasik Punggur Senggarang, Ternyata kerinduan kami yang telah hampir setahun tak berjumpe terhadap member yang di gelar "dot" telah memecah kesunyian dengan gelak2 ketawa kami. Rombongan 2 kereta kami sampai di perkarangan rumah pengantin lebih kurang jam 1.30 petang...
Keadaan suasana rumah pengantin yang riuh rendah dengan kedatangan para tetamu di tambah lagi dengan cuaca cerah panas terik membuatkan kami tak sabo-sabo mahu ke khemah menumpang redup. Kedatangan kami 2 keluarga disambut oleh kakak pengantin "Kak Melati" yang lebih senang dengan panggilan "Kak Ngah"..Kami dijamu nasi minyak sebelum acara kemuncak "bersanding" bermula...Tepat jam 2 kedengaran paluan kompang menandakan acara bermula dan ketibaan pengantin lelaki dtg bertandang...sememang nye penduduk kg Sri Merlong ini penuh dengan adat adat- Pengantin dirai dengan persembahan pencak silat, tarian Kuda Kepang dr kumpulan penduduk batu pahat dan juga alunan kompang yang terus menerus sekali gus memeriahkan lagi majlis Raja sehari "Mawar & Shamsul".
Posted by AB:: at 11:33:00 AM 2 comments
Tuesday, June 22, 2010
~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 2 )
~~~Ok nanti sambung (part 3) yer,,destinasi ke Rumah Pengantin Sri Merlong Rengit~~~
Posted by AB:: at 1:57:00 PM 0 comments
Friday, June 18, 2010
~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 1)
ok kite sambung
~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 2-bermalam di Homestay)
Posted by AB:: at 5:19:00 PM 0 comments
Friday, June 11, 2010
~@@hari ni last korje esok lusa tulat cuti cuti
tak sabar nye nak tunggu sabtu ahad isnin selasa dan rabu..plan kami sememangnya tak teratur. Yang pastinya esok 12 Jun 2010 kami akan bertolak ke Rengit Batu Pahat atas undang perkahwinan member xhousemate a.k.a xkolej. "Selamat Pengantin Baru buat Pn Mawarnina Bt Yusof" tunggu kehadiran kami berempat.Kononya nak stay kat homestay sekiar BP...malang nasib kami semua homestay is fullybooked..ouchhhhhh..tengokla ape xtvt selanjutnye esok...okeylah kawan kawan tunggu saya di blog akan dtg.Bye...
Posted by AB:: at 3:22:00 PM 0 comments
Thursday, June 10, 2010
~@Harriss Bookstore~
First time ke Hariss Bookstore ..memang kami x pernah ke masuk kedai buku ni sepanjang Jusco Tebrau dibuka ini lah first time kami itu pun sebab En Hubby nak cari bahan rujukan mengajar disana.Terpegun seketika melihat keaadan sekililing ruang didalam kedai ni ,Harriss memang segah namanye namun masih lagi tak dpt menandingi ada satu kedai buku di Suria KLCC tu ape namanya ermm "Kinokuniya" yang glamor dan ruang kawasan yang luas...lengkap segala macam buku disana..hehe tp kedai buku Hariss ni masih lagi dpat memenuhi kehedak En Hubby sebab ape yang dia nak cari semuanya ada disini.(opss ni bukan promosi ye).Suhu kesejukkan di dalam kedai ni memang cukup membuatkan Si kecil kami nyenyak tido lena didalam strollernya..dan si abang Azfar yang telah pun memakai sweater turut mengadu kesejukkannya.Mata meninjau accesories yang terdapat didalam Harris, maka terpukau satu Flusk(dah tak ingat brand ape yang bersaiz kecil rupa yang menawan memikat hati sesiapa yang melihat..Namun harganya agak memeranjatkan Opss harga yang hampir mencecah RM200++lantas hati berkata ape kah bahan yang diperbuat daripada.....bermacam-macam lagi la barangan lain selain dari buku bukuan yang terdapat di Harris Bookstore.Jika anda berminat kesini singgah la di Harris Bookstore Jusco Tebrau City, Johor Bahru.
Posted by AB:: at 12:37:00 PM 0 comments
Wednesday, June 9, 2010
Jemput anak anak sebelum pulang
Posted by AB:: at 5:18:00 PM 0 comments
Tuesday, June 8, 2010
~Betapa nghalatnye aku~
SubnaAllah..Maha kuasa Allah...SaBTU malam ahad yang malang buat sicomel Amsyar yang telah jatuh dari katil.Aku bangun untuk tunai kan hajat ditandas setelah selesai menyusukan Amsyar yang telah lena dibuai mimpi yang indah kot.Kiri dan kanannya telah pun dikemas rapi diletak bantal-bantal keliling supaya dia tidak dpt melepasi halangan yang aku dah buat.Time tu aku rase seperti ader sesuatu yang akan terjadi lantas aku bingkas sepantas kilat ke bilik semula.seperti mimpi aku nampak Amsyar yang sedang lena tido ruparupa bergolek-golek satu step..dlam hati sempat la nak alihkan amsyar ketengah katil semula..rupe dia lagi cepat dari langkahku.dia jatuh didepan mata tanpa sempat langkah kaki ku yang terakhir sampai ditempat kejadian..aku hanya menjerit Kuat memanggil "ADIK" sedangkan Amsyar dah pun berada di bawah..mujur la ade tilam dibawah dan takder ape ape cedera berat ke atas Amsyar hanya dahinye yg sebelah kiri terkena tapis di bawah katil..nampakla kesan merah sikit yng akhirnye hilang..Time Amsyar jatuh..tu dia nangis aku tak tahulah samada dia nangis sebab terkejut atau sebab dia sakit..sebab dari signal tangisan nye tu nampak mcm dia nangis sebab terkejut dgr soara aku menjerit..hahaha...alhamdullilah Amsyar kini riang seperti biasa..
Ok la nanti kite sambung di blog yang akan dtg ye...
Posted by AB:: at 12:47:00 PM 0 comments
Friday, May 28, 2010
Ingin tambah susu badan ??
Posted by AB:: at 12:23:00 PM 1 comments
Monday, May 24, 2010
Kenapa abang mesti nak dengki pada adik???
Begini la keletahnye atau ragamnye si abang..sejak adik dilahirkan..azfar memang bersifat penyayang terhadap adiknye,,,tp sifatnye berubah sejak si adik berumur berusia 3bulan dan sehingga la sekarang ni..sia abang tetap akan mencemburui si adik ...pantang adik sentuh permainannye,,,habis ditariknye dari tangan comel si kecik...Isk isk sabo je ibu...semua permainan adik..dia nak pinjam..byk lagi sikap nye yang boleh kita nampak misalnye...klu ibu nak bg adik makan bubur..si abang mesti mencelah..dan berkata " 1) adik nak makan bubur abang yer.." aku pun mengiakan aje dan adik hanya mampu tersenyum..kesian adik....apelah yang kamu faham ye dik...begitu juga klu nak tdo...seboleh2 nak tdo ditempat adik dia wlupun tempat dia yang cantik telah pun disediakan..nak jugak berebut tempat.. kadang2 tu..ntah angin ape yang dah mengahntui dirinye habis adik kene ketuk dek permainan dia..nasib tak cedera.so aku tak boleh tinggal kan adik berdua dgnnye.isk bahaya. .Aku agak si abang ni jeles kot kononnye...Ayah n ibu asyik sayang adik jerk dan mungkin dia fikir perhatian kitorang pada dia dah mula berkurangan berbanding sebelum lahirnye adik kedunia ni...tu yang pada dia adik ni seolah-olah musuh dia ...hehehe sape kata????Tapi ada juga sifat penyayang yang cube ditunjuk oleh si abang..Ibu n ayah sayang kamu semua ....cume maybe layanan n perhatian lebih 0.01% je lebih pada si kecil memandang kan...adik pun masih kecil lg..harus di beri 100.01% perhatian.Kitorang sebagai ibubapa cuba menerapkan nilai-nilai kasih sayang, cara menghargai seseornag dan byk lagi nilai -nilai murni pada nye...InsyaAllah semoga anak-anakku menjadi insan yang tahu menghargai antara satu sama lain..
"Ni la gambar kerenah si abang yg tgh cube nak beraksi ganas terhadap si comel amsyar dan aku cube untuk meleraikannye..hehehe."
Tip atasi masalah persaingan adik beradik
-------------------------------------------------------
BUKAN sesuatu yang luar biasa apabila anak sulung akan berasa terpinggir apabila anda melahirkan anak kedua. Apatah lagi jika perbezaan usia mereka tidak jauh.Kebanyakan anak sulung akan berasa tidak gembira apabila dia mendapat adik. Dia seperti hilang segala keistimewaan dan berasa tidak disayangi lagi.
Dia selalu cuba mendapatkan perhatian dengan menyakitkan adik. Ia memang menjengkelkan apatah lagi jika dia cuba mendapat perhatian waktu si adik memerlukan tumpuan.
Bagaimanapun, sebagai ibu anda seharusnya jangan cepat marah. Cuba fahami keadaan anak. Paling penting, persiapkan anak sulung sebelum kehadiran orang baru.
Berikutan adalah antara tip menangani masalah persaingan adik beradik:
- Cuba menjarakkan kelahiran. Ibu akan mengambil masa dua tahun ke atas untuk pulih sepenuhnya selepas melahirkan
- Tiga atau empat bulan sebelum anak kedua lahir, beritahu anak sulung secara jujur dan terus terang mengenai kelahiran si adik. Waktu itu adalah masa yang terbaik untuk membuat dia faham kerana perut anda juga sudah cukup besar dan dia tentu percaya ada bayi di dalamnya. Beri kesempatan untuknya menyentuh perut anda. Dia akan dapat merasa bagaimana bayi di dalam perut menendang dan bergerak.
- Jika anda beritahu terlalu awal, waktu perut masih kecil, dia mungkin tidak percaya atau dia mungkin akan terlupa.
- Beri dia hak untuk membuat keputusan yang kecil. Misalnya, memilih warna cat untuk bilik adik atau memilih perabot yang bakal diletakkan dalam bilik itu. Gunakan pertanyaan mudah seperti di mana abang rasa sesuai untuk kita letak katil adik? Atau, kakak rasa selimut apa yang cantik untuk adik, gambar Barney atau gambar Spiderman?
- Jika anda perlu menukar rutin anak misalnya memindahkan ke bilik lain, lakukan beberapa bulan sebelum kelahiran bayi supaya dia tidak rasa dipinggirkan.
- Terangkan kepadanya apa akan terjadi apabila anda bersalin. Beberapa minggu sebelum tarikh bersalin, sediakan dirinya tentang æ…¿ehilangan?anda untuk beberapa hari. Terangkan kepadanya apa dan mengapa.
- Dia mungkin berasa kecewa tidak bersama anda untuk beberapa hari. Jika boleh, beritahu suami untuk membawanya melawat anda di hospital supaya dia merasakan dia adalah sebahagian yang penting dalam keluarga. Ambil gambarnya bersama bayi baru.
- Babitkan dia dengan tugas menjaga bayi. Dia mungkin akan mengejutkan anda dengan apa yang mampu dia lakukan. Misalnya, jika menyalin lampin, minta dia ambilkan lampin. Jika sedang memandikan bayi, beri dia kesempatan menyabunkan kaki bayi. Atau minta dia ambilkan bantal untuk adik.
- Tanya pendapatnya, abang rasa adik patut pakai baju warna biru atau kuning? Kakak nak nyanyikan lagu untuk adik?
- Bagaimanapun, jika anak sulung tidak mahu membantu, jangan paksa dia. Ada kalanya anak sulung sengaja tidak mahu mengambil tahu mengenai adik kecilnya untuk selama yang dia boleh. Jadi jangan paksa dia. Itu akan hanya membuatkan dia berasa jauh hati.
- Memang semula jadi untuk anak berasa cemburu kerana selepas untuk beberapa lama dia menjadi anak yunggal? dia kini terpaksa berkongsi kasih sayang, perhatian, mainan dan sebagainya dengan adik. Jadi jangan memarahinya. Luangkan sedikit masa untuk melakukan sesuatu untuknya misalnya membacakan buku atau bermain dengannya.
- Tunjukkan gambarnya sewaktu dia masih bayi dan ceritakan kepadanya bagaimana anda menjaga dia ketika masih bayi.
- Jangan cepat marah kepadanya jika dia mencubit adik atau memeluknya dengan kuat. Beritahunya mengapa dia tidak boleh berbuat demikian. Ketika bersendirian dengannya, galakkan dia bercakap mengenai perasaannya. Biarkan dia meluahkan isi hatinya sama ada dia marah atau cemburu. Beritahunya itu semua perasaan semula jadi dan ia tidak bermaksud dia jahat. Beritahunya perbuatan cuba menyebabkan kesakitan pada adik adalah salah.
- Jika dia agresif, jangan hukum atau malukan dia. Dia akan membalas dendam terhadap anda dengan mencederakan si adik. Beritahunya secara baik, tindakan itu tidak betul tetapi anda perlu lebih berhati-hati dan jangan tinggalkan dia dengan adiknya bersendirian.
- Paling penting, ingatkan diri sendiri masa berjalan dengan pantas. Tanpa anda sedar si adik sudah akan bermain-main dengan abang. Apabila mereka tidak lagi bersaing untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang, ikatan kasih sayang sesama mereka akan berkekalan sepanjang hayat.
Posted by AB:: at 4:53:00 PM 0 comments
Friday, May 21, 2010
Pesanan Yang sangat bermakna untuk umat manusia-Dr Fadhilah Kamsah
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa(walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Posted by AB:: at 4:20:00 PM 0 comments
Wednesday, May 19, 2010
Friday, May 14, 2010
Amsyar 6months Injection getting Fever
Keadaaan di KK masai agak kelamkabut dengan cuaca pagi yang amat panas terik..wlupun ku tahu sinar suria pg yang cukup baik utk kesihatan kite..org ramai berpusu-pusu menunggu gilirran untuk dipanggil..ade yang mengipas-ngipaskan dengan tangannye tanda kepanasan..ape lah KK Masai ni..bagi aircond sikit kat ruang menunggu giliran tu..baru selesa semua org .kesian aku tgk buka kipas pun mcm takda kipas...pada aku ..aku lebih selesa klu diberi peluang untuk buat injection di HSI..ruang menunggu pun selesa..siap dengan aircond lagi....aku harap sgt in future KK Masai akan mengupdate dan mengupgradekan segala kelengkapan disana..InsyaAllah.
Nampaknye lambat lagi la giliran aku..sampai je giliran baru 48+ sedangkan aku punye giliran 532..jam dah pukul 10.30..agak2nye pukul berapa la aku boleh siap n balik ekk klu begini la caranye..uwaaaa..mudahan anakku x meragam...aku terus ke bilik penyusuan...alhamdullilah..suasana bilik aman damai...dpat ler aku rileks kat dlm tu wlupun tanpe aircond hanye kipas..atleast ok dri kat tempat menunggu didepan sana..Adikk seakan tahu..bahawa dia akan dpt ape yg dia nak....tak sabo sabo dia mencari "nenen" nye....wah kelihatan Amsyar begitu dahaga wlupun pg tadi sebelum keluar semangkuk bubur dah pun aku beri ...maybe sebab cuaca yang begitu terik tu yang dia cepat dahaga.Minumlah wahai sayangku Amsyar Harith...hampir 10 minit melepaskan dahaganye..Amsyar kembali aktif melayan agahan dari seorang abang yang lebih kurang sebaya ngan Abang Longnye....Lompatan bagai springnye membuatkan ibu keletihan sayang.."aduhhh penatnye" keluhan yang terkeluar dr mulut aku....
Keadaan diruang menunggu kembali bersinar dgn cuaca mendung yang dah nak hampir hujan..ALhamdullillah Allah beri rezeki dgn turunnye air Hujan disaat kami semua memerlukan suasana redup kedamaian.tetiba NO 532 terpapar menandakan turn aku pulak.."Bukak baju anak dn timabang ye" spatah dua kata dr Misi yang bertugas...dgn sepantas kilat aku mempersiapkan Amsyar utk ditimbang...bukan ape..takot..dpt hadiah pulak dr Amsyar (takot terkenc**g @ terbe**k lak) tgh2 timbang ...Jejari Jam Timbang menunjukkan berat AMsyar setakat 5 bulan 29 hari (lagi sehari 6 bulan) ialah sebanyak 7 kilogram..alhamdulliah ade peningkatan sayanggg....semoga dengan berat yang kamu perolehi ni..bukan sahaja bertambah berat malahan bertambah lah kesihatan yang baik baik belaka..sementara menunggu Misi berceloteh bertanye kan keadaan kesihatanya pada ku...sempat la aku meninjau2 jam ditangan..alamak dah hampir 12.00 tgh hari...hujan diluar masih belum reda lagi...selesai dibilik Misi..aku pun keluar buat temujanji di kaunter untuk temujanji yang berikutmnye..dari pengalaman anak yang sulong...last immune setakat ni yela 6 bulan..7,8,9,10,11,bulan tu kalau pegi je just utk check berat dan perkembangan biase dan lepas ni immune utk setahun...so klu agak2 aku malas nak pegi next appoinment..aku buat jer kat swasta.senang jugak la cume perlu keluar ongkosnye sahaja...masa tu takde kekangan la bley buat pagi atau malam..jadi xperlu lah aku amik cuti...heheh..memandang kan ANleave aku pun dah semakin berkurangan ni..ahakssss..
"Pasni..Adik kene cucuk tau.." sambil aku membisikkan di telinganye...adik seakan faham akan bisikan ibu yer,,,muka sedih je ..ubat "Polio" ye..ehh betul ke sebutan aku ni...sorry yer nurse diiluar sana klu salah ejaan aku ni. Ubat ni akan di beri kan kemulut Amsyar sebelum suntikan dibuat..xtahu la untuk ape..maybe utk tahan sakit ke...atau yang sewaktu dengan nye la..adoiii aku plak yg ngeri. ku tabahkan jua hatii...demi kebaikan mu sayangku Amsyar. Peha kaanan Amsyar menjadi mangsa suntikan.."ggrrrrrrrrrrrrr" .Nurse tu pun memulakan tugasnye mencucuk..dengar tangisan sakit Amsyar lebih kurang 2 minit lamanye..."sayang sayang sayangggggggggggg anak ibu jgn nangis ye sayanggggg Amsyar kuat..jgn nangis tau" sambil aku peluk buahati aku yang tersayang ni...aikk terus senyap...aku mengagah nak buat dia kembali tensenyum...
Posted by AB:: at 2:00:00 PM 0 comments
Wednesday, April 14, 2010
Facebook tak bley access
Salam...hari ni pagi lagi FB site tak bley bukak la..kenape? adekah sebab internet connection slow atau FB punye site problem atau...kenape ek...kawan2 lain uoll bley access tak?
Posted by AB:: at 12:40:00 PM 0 comments
Thursday, April 1, 2010
kaftan batik cantik cantik
Kaftan import dari Terengganu.Material kualiti tinggi, tahan warna tak cepat luntur. Kain tak jarang.
Posted by AB:: at 2:00:00 PM 0 comments
Wednesday, March 10, 2010
Hati ku puas
Sejak masa peknen lagi aku sebenarnya dah kumpul info pasal penyusuan ibu sepenuhnya , segala peralatan penyusuan aku beli etc: storage ebm (aku guna SAFETY Plus), pump (so far aku guna Manual pump AVENT (tpi aku dah request kat my hubby utk tkar pada electrik double pumping..bukan ape supaya senang mudah dan selamat), ice replacement and jugak cooler bag,Semua peralatan ni korang bley dpat dari online atau pun memang ada kat pasaran la.tp aku p beli kat Sarakids.com .Kalau kat Jb store dia lokasi kat Taman Daya. Biar berhabisan duit habis janji anak aku dapt yang terbaik..kire ni pelaburan awal la.biar hasilnye memuaskan.dari aku membazir wang ringgit beli susu formula atleast dpt jugak aku jimat kat sini..Kali ni aku memang excited nak buat sesungguh setelah pengalaman pertama ku kurang berjaya. Bukan kata my first baby takdapat langsung my EBM..tpi sejak dia dalam 2 bulan aku dah start bg dia susu fomula n campur ngn susu badan.(namun pada saat itu aku memang tak bersedia n senang citer tak berapa nak tahu pasal kebaikan susu ibu ni...sebab tu la anak aku 2 bulan lagi dah bg susu campur. Setelah semua information dah di kumpul kini tiba la masa nye untuk di Interpretasikan sume maklumat tersebut..
Lepas beberape jam Amsyar Lahir...aku tekad bagi je dia direct BF je , mula mula mcm tak confident sama ade susu tu keluar ke time baby aku hisap ni..takpelah aku bagi je as long as dia tak menangis maknanye ader la air susu tu sampai ke dia. Alhamdullillah after a few hours the great BreastMilk memang keluar rupenye..hati ni gembira tak terkata ..this is for you my dear little prince Amsyar..aku meneruskan perjuangan seorang ibu menyusukan anak...aku still ingat kata kata pakar laktasi : susu ibu adalah makanan terbaik utk bayi...that's the true fact..www.susuibu.com . ALhamdullilah pada hari ketiga susu ku semakin bertambah..to keep more milk production aku harus minum supplement etc : teh daun mulbery & susu soya millilea.Bukan itu sahaja pemakanan aku pun mula bertukar ,aku kene makan semua makanan yang berkhasiat supaya aku dpat susu yang berkualiti yang ade semua nutrien,semua makanan yang memboleh kan anak aku jd sakit perut aku akan tolak tepi.. so bile anak aku minum susu aku dia akan kenyang dan sihat.Bermula la saat ni aku terus menyimpan stok susu untuk baby ku...jadualnye senang sahaja selepas sahaja anak aku menyusu..tapi klu nak jadual yang betul2 effective bley lah layari web ni..tapi klu waktu bekerja aku perah susu kul 12,45 tgh hari la ..then bile balik dari kerja aku terus kasi baby minum direct and lepas dia minum macambiase aku perah lagi,,waktu malam sebelum tido .. sekali aku pump/esoknye diawal subuh dlm kul 6pagi tu sekali lagi aku pump. so far Ok la..tapi klu korang nak jadual yang detail..korang bley la ikut condition korang bloeh layari sendiri laman web ni ww.susuibu.com a.rutin memerah susu diteruskan dan dibekukan dlm boleh freezer.Setiap botol tu aku akan labelkan dengan tarikh dan waktunye sekali supaya senang proses nak gune nanti..mana date yang earliest aku gune dulu la tapi biasanye susu EBM kalau disimpan dlam peti beku negetive darjah celcius dia boleh tahan 3-4 bulan, kalau disimpan dlm peti bawah tahan lebih kurang seminngu dan klu dlm suhu bilik ia akan tahan selama 4 jam je.
Posted by AB:: at 9:56:00 PM 0 comments