Friday, May 28, 2010

Ingin tambah susu badan ??

:::PERIA:::
~~~~~~~~~
Peria, rupa nya yang unik serta rasanye yang pahit cukup untuk sesetengah orang takut untuk mendekati sayuran ini. Disebalik keunikan rupa bentuk peria yang menarik ini terselit khasiatnya yang tersendiri. Ia bagus dimakan bagi orang yang menghidap kencing manis. Ia dapat mengawal paras gula yang tinggi. Peria juga didapati dapat menghasilkan susu ibu yang banyak sekiranya rajin diamalkan selalu.



:::KAILAN:::
~~~~~~~~~~
Kailan memang tidak asing lagi di kalangan peminat makanan seafood, Kailan ikan masin merupakan hidangan lauk sayuran yang dimakan bersama sama menu seafood yang lain.Rasenye juga seperti sayuran lain namun dikatakan khasiatnya juga boleh membantu menambahkan kuantiti susu ibu.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
:::PEGAGA:::
~~~~~~~~~~
Pegaga,ulaman yang cukup terkenal dikalangan masyarakat melayu, rupa dan kesagaran warna hijaunye seolah -olah memberitahu kita bahawa khasiat yang dimilikinya amat berguna sekali.Walaupun rasenye yg pahit namun ia dikatakan boleh menambahkan kuantiti susu badan.Ia boleh di makan sebagai ulaman dan juga boleh di juskan menjadi air..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







Related Posts with Thumbnails