~~~'~Salam Kawan-kawan ..Keputusan menunjukkan anakku memang mengidap Hernia Right Side..Kini kami redha atas kententuan Illahi, dan segala fakta yg diberitahu oleh doktor sejak ( 1st operation 2009)bahawa 80% hernia right side will be come out anytime.Now kami get ready on it. Azfar Harith putera sulung kami akan menjalani Pembedahan Hernia Right side pada 2 July 2010 di Puteri Speacialist Hospital, Johor..Doa ku agar segala proses pembedahan dipermudahkan oleh Nya.-amin..kawan-kawan pun jangan lupe doakan sekali untuk anak saye ye....Sekian catatanku untuk informasi anda...~~`~~
Friday, June 25, 2010
~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 3 )
~Selamat Pengantin Baru semoga kekal abadi bahgia ke anak cucu~
Perjalanan kami diteruskan dr Parit Jalil , ke rumah raja sehari di Seri merlong , Rengit batu Pahat Johor yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.Kami telah merancang utk pergi bersama sama seorang lagi rakan lama yang perjalannya datang dr arah Johor Bahru. Kami telah berkumpul di kawasan daerah Taman Tasik Punggur Senggarang, Ternyata kerinduan kami yang telah hampir setahun tak berjumpe terhadap member yang di gelar "dot" telah memecah kesunyian dengan gelak2 ketawa kami. Rombongan 2 kereta kami sampai di perkarangan rumah pengantin lebih kurang jam 1.30 petang...
Keadaan suasana rumah pengantin yang riuh rendah dengan kedatangan para tetamu di tambah lagi dengan cuaca cerah panas terik membuatkan kami tak sabo-sabo mahu ke khemah menumpang redup. Kedatangan kami 2 keluarga disambut oleh kakak pengantin "Kak Melati" yang lebih senang dengan panggilan "Kak Ngah"..Kami dijamu nasi minyak sebelum acara kemuncak "bersanding" bermula...Tepat jam 2 kedengaran paluan kompang menandakan acara bermula dan ketibaan pengantin lelaki dtg bertandang...sememang nye penduduk kg Sri Merlong ini penuh dengan adat adat- Pengantin dirai dengan persembahan pencak silat, tarian Kuda Kepang dr kumpulan penduduk batu pahat dan juga alunan kompang yang terus menerus sekali gus memeriahkan lagi majlis Raja sehari "Mawar & Shamsul".
Posted by AB:: at 11:33:00 AM 2 comments