Assalamualaikum..
MasyaAllah lama dah bersawang blog ni..dari 2012 hingga dan beranak 4..tak jenguk jenguk blog ni..InshaAllah lepas kita update yaa..
kali berkisah "ibu 4 anak bersama bisness didalam talisn hanya dari rumah" ..boleh gitu..hihi
Sekian...๐๐๐
Saturday, September 3, 2016
Lama bersawang๐๐๐
Posted by AB:: at 3:02:00 PM 0 comments
Saturday, November 24, 2012
Anak Soleh titian ke syurga
Assalam,,
Rasullah S.W.T pernah menegas kan
Anak-anak ni teruutama kanak kanak yang berusia 3-5thn, setiap tindak tanduknye ,kalau kite perhatikan...mereka sering mengikut balik ape yang mereka lihat dan pelajari disekelilingnya, contohnye ape yang ibu dan ayah lakukan semasa berada dirumah ..kalau kite selalu cakap kasar kasar dengan mereka, mereka pasti akan mengikut balik dengan bercakap kasar pada orang disekelilingnya.Mereka juga sering terpengaruh dengan rakan sepermainan semasa dirumah pengasuh, setiap perkataan yang didengari akan diikuti..tak mustahil bile kite balik rumah macam macam perkataan yang tidak sepatutnye dilapaz kan walhal perkataan tu xberapa sesuai dengan umur mereka.Mereka ni sebenarnya dlm proses pembesaran dan mempelajari.
Maka sebagai ibu bapa kite seharusnye memastikan keadan sekeliling kite tidak dicemari dengan segala tingkah laku mahupun perckapan negatif bagi mengelakkan dari diikuti oleh anak anak kita.Pada saya tak salah kalau kite menghantar anak anak dipusat didikan seawal usia mereka ,biar masa terluang dapat diisi dengan ilmu pengetahuan yang berguna, contohnye klau kite hantar anak ke tadika yang berciri ciri kan Islamic,pasti disana guru guru akan mengajar tentanng adab sopan dan sahsiah diri selain mengajar anak anak membaca doa.Rasanye lebih berkesan kot sebab disana mereka akan melakukan dan belajar beramai bersama rakan rakan.
Disini suka saya memetik petunjuk
Dr. Abdullah Nashih Ulwan dalam bukunya “Tarbiyatul Aulad Fil
Islam”. Beliau menyebutkan lima pendekatan dalam mendidik anak.
1.
Mendidik dengan keteladanan.
Dalam erti kata lain, ibu bapa harus memberikan teladan atau contoh yang
baik kepada anak-anaknya, ini bererti, kalau ibu bapa ingin anaknya
menjadi soleh, ibu bapanyalah yang harus lebih dulu soleh.
2.
Mendidik anak dengan pembiasaan yang baik
Maknanya ibu bapa harus menanamkan kebiasaan-kebiasaan baik kepada
anak-anaknya, ibu bapa tidak boleh memakai prinsip, “ah nanti kalau
sudah besar mereka tahu mana yang baik dan mana yang tidak.” Mungkin
mereka mampu mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk, tapi mereka
tidak mampu melaksanakan yang baik dan meninggalkan yang tidak baik
sekiranya tidak dibiasakan sejak kecil, inilah pentingnya membiasakan
hal-hal yang baik kepada anak sejak anak itu kecil
3.
Mendidik dengan mengajarkan ilmu pengetahuan dan dialog tentang berbagai
persoalan.
Dalam hal ini amat penting ibu bapa mampu menanamkan
pengertian kepada anak-anaknya, dan dialog merupakan cara yang paling
tepat, apalagi menghadapi anak yang sudah memasuki usia remaja. Namun
sayang sekali, kerana kesibukan ibu bapa, justeru suasana berdialog
antara anak remaja bersama ibu bapanya jarang tercipta pada
keluarga-keluarga kita sekarang ini.
4.
Mendidik dengan memberikan pengawasan dan nasihat
Pengawasan dari ibu bapa terhadap anak-anaknya sangat diperlukan,
sehingga ibu bapa tahu perkembangan jiwa atau keperibadian anaknya dari
masa ke semasa. Kalau ibu bapa tahu perkembangan jiwa anaknya, maka ia
tahu nasihat apa yang harus diberikan kepada mereka
5.
Mendidik dengan memberikan hukuman
Ini dilakukan bila cara-cara yang lemah lembut tidak membuat si anak
berubah ke arah yang lebih baik. Namun menghukum anak tidak selalu dalam
bentuk hukuman fizik seperti merotan, tapi lakukanlah dengan cara-cara
yang sifatnya edukatif (mendidik), misalnya pada kebiasanya si anak di
beri wang saku sekolah RM2.00, tapi kerana si anak bangun tidurnya lewat
dan tidak solat subuh, maka wang sakunya dipotong menjadi RM1.00-
Setiap ibu bapa tentu lebih arif, hukuman apa yang lebih tepat untuk
anak-anaknya.
Wallahuaalam
Anak Soleh Titian ke Syurga
.
Posted by AB:: at 7:24:00 AM 0 comments
Peperiksaan Akhir Thn Tadika Mutiara Iman Mukmin 2012
Tahniah yer buat anak ibu ..teruskan usaha agar kejayaan dikecapi lagi...
Actually kami xtaktahu pun ade exam utk kanak 4 thn..sebab memang pd awal pendaftaran, cikgu kata xde exam...tup tup lagi seminggu nak exam Aishh bwk balik jadual pekse dia..terkejut tgkk....hehe..Time tu saye pulak ditimpa sakit...ayah dah la jauh nun diperak sna..sape lah yg sudi nak tlg ajar ulangkaji utuk Aish ni...maka nye dengan sakit sakit ni la ibu pasang semangat agar dpt pulih wlupun belum spenuhnye dengan niat nak mengajar anak...so bermula la episod menjadi guru sementara waktu..dan inilah hasilnye.>Aish dpat number one dlm pekse akhir tahunnye...dpt la hadiah..suka sgt dia dpt hadiah naik atas pentas tu...masa penyampain hadiah...So lepas ni jgn lupe belajar lagi yer sayang...teruskan usaha..ibu sentiasa membantu kamu..InsyaAllah..Posted by AB:: at 5:31:00 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)