Saturday, November 24, 2012

Anak Soleh titian ke syurga

Assalam,,
Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pasal anak anak.Setiap manusia pasangan berumahtangga pasti ingin kan anak nye menjadi anak yang soleh. Maka setiap malam pagi dan petang langsung  dan terus memanjatkan doa kepada ALLAH  SWT agar dikurnia kan keturunan yang soleh dan anak anaknye menjadi insan berguna.. Bile anak soleh sejuk hati ibu dan ayah.

Rasullah S.W.T pernah menegas kan 

 "Didiklah anak anak kamu dan perbaguskan adab mereka" (H.R IbnuMajah)

Anak-anak ni teruutama kanak kanak yang berusia 3-5thn, setiap tindak tanduknye ,kalau kite perhatikan...mereka sering mengikut balik ape yang mereka lihat dan pelajari disekelilingnya, contohnye ape yang ibu dan ayah lakukan semasa berada dirumah ..kalau kite selalu cakap kasar kasar dengan mereka, mereka pasti akan mengikut balik dengan bercakap kasar pada orang disekelilingnya.Mereka juga sering terpengaruh dengan rakan sepermainan semasa dirumah pengasuh, setiap perkataan yang didengari akan diikuti..tak mustahil bile kite balik rumah macam macam perkataan yang tidak sepatutnye dilapaz kan walhal perkataan tu xberapa sesuai dengan umur mereka.Mereka ni sebenarnya dlm proses pembesaran dan mempelajari. 

Maka sebagai ibu bapa kite seharusnye memastikan keadan sekeliling kite tidak dicemari dengan segala tingkah laku mahupun perckapan negatif bagi mengelakkan dari diikuti oleh anak anak kita.Pada saya tak salah kalau kite menghantar anak anak dipusat didikan seawal usia mereka ,biar masa terluang dapat diisi dengan ilmu pengetahuan yang berguna, contohnye klau kite hantar anak ke tadika yang berciri ciri kan Islamic,pasti disana guru guru akan mengajar tentanng adab sopan dan sahsiah diri selain mengajar anak anak membaca doa.Rasanye lebih berkesan kot sebab disana mereka akan melakukan dan belajar beramai bersama rakan rakan.



Disini suka saya memetik petunjuk
Dr. Abdullah Nashih Ulwan dalam bukunya “Tarbiyatul Aulad Fil Islam”. Beliau menyebutkan lima pendekatan dalam mendidik anak.

1.
Mendidik dengan keteladanan.
Dalam erti kata lain, ibu bapa harus memberikan teladan atau contoh yang baik kepada anak-anaknya, ini bererti, kalau ibu bapa ingin anaknya menjadi soleh, ibu bapanyalah yang harus lebih dulu soleh.

2.
Mendidik anak dengan pembiasaan yang baik
Maknanya ibu bapa harus menanamkan kebiasaan-kebiasaan baik kepada anak-anaknya, ibu bapa tidak boleh memakai prinsip, “ah nanti kalau sudah besar mereka tahu mana yang baik dan mana yang tidak.” Mungkin mereka mampu mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk, tapi mereka tidak mampu melaksanakan yang baik dan meninggalkan yang tidak baik sekiranya tidak dibiasakan sejak kecil, inilah pentingnya membiasakan hal-hal yang baik kepada anak sejak anak itu kecil

3. 
Mendidik dengan mengajarkan ilmu pengetahuan dan dialog tentang berbagai persoalan.
 Dalam hal ini amat penting ibu bapa mampu menanamkan pengertian kepada anak-anaknya, dan dialog merupakan cara yang paling tepat, apalagi menghadapi anak yang sudah memasuki usia remaja. Namun sayang sekali, kerana kesibukan ibu bapa, justeru suasana berdialog antara anak remaja bersama ibu bapanya jarang tercipta pada keluarga-keluarga kita sekarang ini.

4.
Mendidik dengan memberikan pengawasan dan nasihat
Pengawasan dari ibu bapa terhadap anak-anaknya sangat diperlukan, sehingga ibu bapa tahu perkembangan jiwa atau keperibadian anaknya dari masa ke semasa. Kalau ibu bapa tahu perkembangan jiwa anaknya, maka ia tahu nasihat apa yang harus diberikan kepada mereka

5.
Mendidik dengan memberikan hukuman
Ini dilakukan bila cara-cara yang lemah lembut tidak membuat si anak berubah ke arah yang lebih baik. Namun menghukum anak tidak selalu dalam bentuk hukuman fizik seperti merotan, tapi lakukanlah dengan cara-cara yang sifatnya edukatif (mendidik), misalnya pada kebiasanya si anak di beri wang saku sekolah RM2.00, tapi kerana si anak bangun tidurnya lewat dan tidak solat subuh, maka wang sakunya dipotong menjadi RM1.00- Setiap ibu bapa tentu lebih arif, hukuman apa yang lebih tepat untuk anak-anaknya.
 
Wallahuaalam

Anak Soleh Titian ke Syurga

.

Peperiksaan Akhir Thn Tadika Mutiara Iman Mukmin 2012

Tahniah yer buat anak ibu ..teruskan usaha agar kejayaan dikecapi lagi...
Actually kami xtaktahu pun ade exam utk kanak 4 thn..sebab memang pd awal pendaftaran, cikgu kata xde exam...tup tup lagi seminggu nak exam Aishh bwk balik jadual pekse dia..terkejut tgkk....hehe..Time tu saye pulak ditimpa sakit...ayah dah la jauh nun diperak sna..sape lah yg sudi nak tlg ajar ulangkaji utuk Aish ni...maka nye dengan sakit sakit ni la ibu pasang semangat agar dpt pulih wlupun belum spenuhnye dengan niat nak mengajar anak...so bermula la episod menjadi guru sementara waktu..dan inilah hasilnye.>Aish dpat number one dlm pekse akhir tahunnye...dpt la hadiah..suka sgt dia dpt hadiah naik atas pentas tu...masa penyampain hadiah...So lepas ni jgn lupe belajar lagi yer sayang...teruskan usaha..ibu sentiasa membantu kamu..InsyaAllah..





Thursday, November 22, 2012

Happy Belated Birthday Amsyar 3 tahun

Assalam untuk semua.


Walaupun tarikh ni dah lepas..tapi nak juga saye kongsi sikit cerita ni pd semua yang sudi singgah dan melayari  blog saya ni.....mudah mudah kekal ingatan sepanjang masa. InsyaAllah.

Tanggal 15.11.2012..merupakan hari ulang tahun kelahiran buat anakanda tercinta Amsyar.. cadangnye nak buat pd tarikh tersebut..jap lagi ayah kata 15.11.mlm tu dia nak join main badminton..so plan batal dan kami sambut awal sehari la..tapi itu pun buat ala kadar je setakat mengingati hari tersebut je..tp atas cadangan tok mak Mas (mak saya) kami buat di rumah adik pompuan sye di Nusa Damai..Namun xsemua sedara mara yang kami jemput memandangkan buat kat umah org.hehehe   .tapi ade gak sedara mara yang telah dijemput tapi tak  dapat hadir atas sebab sebab yang tak dpt dielakkan. Yang datang..cume org orang dibawah didalam gambar ni...sempat jugak la snap gambar gambar dorang buat kenang kenangan dimasa hadapan..

g
 Dari Kiri: My lovely father (en Yusop), adik  (abd Latif), ibunda (pn .masarah), nenek (pn maimunah), pakcik din, fairus dan ija (tuan rumah yg merupakan adik perempuan sya)... yang budak dua org budak kecik ni anak anak saya....

dari kiri: baju biru my cousin Siti Nadiah, Siti Nabilah (anak kepada moksu sya), Mak utehyang tgh berdiri sebelah sya tu..sya sendiri sebelah birthday boy, anak tuan rumah (faiz) depan meja yang lelaki pakai baju itam tu ..Zairul anak mak uteh..yang pakai baju merah tudung merah tgh tunduk tu,,,Pn Maria (maksusu sya yg turut membantu menjayakan majlis..dengan membawa setray mee hoon goreng yg sedap..



 Yang pakai songkok haji ni pakusu sya selaku pembaca doa selamat pada majlis tersebut..Tn Hj Zainal Jufrin..yang pakai baju biru muda seluar itam ..ni anak pakusu (zhahir)...

Ada lagi gambar gambar yg sebenarnye tercicir terumata jurukamera (En Mohd Nuhairi- husband saye sendiri) sorry la bang ye...Kiki , ain, zairil -sorry la bebanyak sebab gambar korang takde dlm ni...




Hidangan ala kadar...Lontong, sambal tumis,agar agargula melaka,kek upin ipin (sentuhan air tangan sye sendiri),,gula gula , kacang, dan orange sunkist yang dibeli di tesco, mee hoon goreng(sumbangan mak usu) dan mee tiaw goreng (disediakan oleh tuan rumah)...Terima Kasih semua----

Sekitar rakaman birhtday Amsyar-selamat menonton---sekian

video 






Related Posts with Thumbnails