Friday, May 28, 2010

Ingin tambah susu badan ??

:::PERIA:::
~~~~~~~~~
Peria, rupa nya yang unik serta rasanye yang pahit cukup untuk sesetengah orang takut untuk mendekati sayuran ini. Disebalik keunikan rupa bentuk peria yang menarik ini terselit khasiatnya yang tersendiri. Ia bagus dimakan bagi orang yang menghidap kencing manis. Ia dapat mengawal paras gula yang tinggi. Peria juga didapati dapat menghasilkan susu ibu yang banyak sekiranya rajin diamalkan selalu.



:::KAILAN:::
~~~~~~~~~~
Kailan memang tidak asing lagi di kalangan peminat makanan seafood, Kailan ikan masin merupakan hidangan lauk sayuran yang dimakan bersama sama menu seafood yang lain.Rasenye juga seperti sayuran lain namun dikatakan khasiatnya juga boleh membantu menambahkan kuantiti susu ibu.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
:::PEGAGA:::
~~~~~~~~~~
Pegaga,ulaman yang cukup terkenal dikalangan masyarakat melayu, rupa dan kesagaran warna hijaunye seolah -olah memberitahu kita bahawa khasiat yang dimilikinya amat berguna sekali.Walaupun rasenye yg pahit namun ia dikatakan boleh menambahkan kuantiti susu badan.Ia boleh di makan sebagai ulaman dan juga boleh di juskan menjadi air..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







Monday, May 24, 2010

Kenapa abang mesti nak dengki pada adik???

Begini la keletahnye atau ragamnye si abang..sejak adik dilahirkan..azfar memang bersifat penyayang terhadap adiknye,,,tp sifatnye berubah sejak si adik berumur berusia 3bulan dan sehingga la sekarang ni..sia abang tetap akan mencemburui si adik ...pantang adik sentuh permainannye,,,habis ditariknye dari tangan comel si kecik...Isk  isk sabo je ibu...semua permainan adik..dia nak pinjam..byk lagi sikap nye yang boleh kita nampak misalnye...klu ibu nak bg adik makan bubur..si abang mesti mencelah..dan berkata " 1) adik nak makan bubur abang yer.." aku pun mengiakan aje dan adik hanya mampu tersenyum..kesian adik....apelah yang kamu faham ye dik...begitu juga klu nak tdo...seboleh2 nak tdo ditempat adik dia wlupun tempat dia yang cantik telah pun disediakan..nak jugak berebut tempat.. kadang2 tu..ntah angin ape yang dah mengahntui dirinye habis adik kene ketuk dek permainan dia..nasib tak cedera.so aku tak boleh tinggal kan adik berdua dgnnye.isk bahaya. .Aku agak si abang ni jeles kot kononnye...Ayah n ibu asyik sayang adik jerk dan mungkin dia fikir perhatian kitorang pada dia dah mula berkurangan berbanding sebelum lahirnye adik kedunia ni...tu yang pada dia adik ni seolah-olah musuh dia ...hehehe sape kata????Tapi ada juga sifat penyayang yang cube ditunjuk oleh si abang..Ibu n ayah sayang kamu semua ....cume maybe layanan n perhatian lebih 0.01% je lebih pada si kecil memandang kan...adik pun masih kecil lg..harus di beri 100.01% perhatian.Kitorang sebagai ibubapa cuba menerapkan nilai-nilai kasih sayang, cara menghargai seseornag dan byk lagi nilai -nilai murni pada nye...InsyaAllah semoga anak-anakku menjadi insan yang tahu menghargai antara satu sama lain..


"Ni la gambar kerenah si abang yg tgh cube nak beraksi ganas terhadap si comel amsyar dan aku cube untuk meleraikannye..hehehe."



Tip atasi masalah persaingan adik beradik
-------------------------------------------------------
BUKAN sesuatu yang luar biasa apabila anak sulung akan berasa terpinggir apabila anda melahirkan anak kedua. Apatah lagi jika perbezaan usia mereka tidak jauh.Kebanyakan anak sulung akan berasa tidak gembira apabila dia mendapat adik. Dia seperti hilang segala keistimewaan dan berasa tidak disayangi lagi.
Dia selalu cuba mendapatkan perhatian dengan menyakitkan adik. Ia memang menjengkelkan apatah lagi jika dia cuba mendapat perhatian waktu si adik memerlukan tumpuan.
Bagaimanapun, sebagai ibu anda seharusnya jangan cepat marah. Cuba fahami keadaan anak. Paling penting, persiapkan anak sulung sebelum kehadiran orang baru.
Berikutan adalah antara tip menangani masalah persaingan adik beradik:

  • Cuba menjarakkan kelahiran. Ibu akan mengambil masa dua tahun ke atas untuk pulih sepenuhnya selepas melahirkan
  • Tiga atau empat bulan sebelum anak kedua lahir, beritahu anak sulung secara jujur dan terus terang mengenai kelahiran si adik. Waktu itu adalah masa yang terbaik untuk membuat dia faham kerana perut anda juga sudah cukup besar dan dia tentu percaya ada bayi di dalamnya. Beri kesempatan untuknya menyentuh perut anda. Dia akan dapat merasa bagaimana bayi di dalam perut menendang dan bergerak.
  • Jika anda beritahu terlalu awal, waktu perut masih kecil, dia mungkin tidak percaya atau dia mungkin akan terlupa.
  • Beri dia hak untuk membuat keputusan yang kecil. Misalnya, memilih warna cat untuk bilik adik atau memilih perabot yang bakal diletakkan dalam bilik itu. Gunakan pertanyaan mudah seperti di mana abang rasa sesuai untuk kita letak katil adik? Atau, kakak rasa selimut apa yang cantik untuk adik, gambar Barney atau gambar Spiderman?
  • Jika anda perlu menukar rutin anak misalnya memindahkan ke bilik lain, lakukan beberapa bulan sebelum kelahiran bayi supaya dia tidak rasa dipinggirkan.
  • Terangkan kepadanya apa akan terjadi apabila anda bersalin. Beberapa minggu sebelum tarikh bersalin, sediakan dirinya tentang æ…¿ehilangan?anda untuk beberapa hari. Terangkan kepadanya apa dan mengapa.
  • Dia mungkin berasa kecewa tidak bersama anda untuk beberapa hari. Jika boleh, beritahu suami untuk membawanya melawat anda di hospital supaya dia merasakan dia adalah sebahagian yang penting dalam keluarga. Ambil gambarnya bersama bayi baru.
  • Babitkan dia dengan tugas menjaga bayi. Dia mungkin akan mengejutkan anda dengan apa yang mampu dia lakukan. Misalnya, jika menyalin lampin, minta dia ambilkan lampin. Jika sedang memandikan bayi, beri dia kesempatan menyabunkan kaki bayi. Atau minta dia ambilkan bantal untuk adik.
  • Tanya pendapatnya, abang rasa adik patut pakai baju warna biru atau kuning? Kakak nak nyanyikan lagu untuk adik?
  • Bagaimanapun, jika anak sulung tidak mahu membantu, jangan paksa dia. Ada kalanya anak sulung sengaja tidak mahu mengambil tahu mengenai adik kecilnya untuk selama yang dia boleh. Jadi jangan paksa dia. Itu akan hanya membuatkan dia berasa jauh hati.
  •  Memang semula jadi untuk anak berasa cemburu kerana selepas untuk beberapa lama dia menjadi anak yunggal? dia kini terpaksa berkongsi kasih sayang, perhatian, mainan dan sebagainya dengan adik. Jadi jangan memarahinya. Luangkan sedikit masa untuk melakukan sesuatu untuknya misalnya membacakan buku atau bermain dengannya.
  • Tunjukkan gambarnya sewaktu dia masih bayi dan ceritakan kepadanya bagaimana anda menjaga dia ketika masih bayi.
  • Jangan cepat marah kepadanya jika dia mencubit adik atau memeluknya dengan kuat. Beritahunya mengapa dia tidak boleh berbuat demikian. Ketika bersendirian dengannya, galakkan dia bercakap mengenai perasaannya. Biarkan dia meluahkan isi hatinya sama ada dia marah atau cemburu. Beritahunya itu semua perasaan semula jadi dan ia tidak bermaksud dia jahat. Beritahunya perbuatan cuba menyebabkan kesakitan pada adik adalah salah.
  • Jika dia agresif, jangan hukum atau malukan dia. Dia akan membalas dendam terhadap anda dengan mencederakan si adik. Beritahunya secara baik, tindakan itu tidak betul tetapi anda perlu lebih berhati-hati dan jangan tinggalkan dia dengan adiknya bersendirian.
  • Paling penting, ingatkan diri sendiri masa berjalan dengan pantas. Tanpa anda sedar si adik sudah akan bermain-main dengan abang. Apabila mereka tidak lagi bersaing untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang, ikatan kasih sayang sesama mereka akan berkekalan sepanjang hayat.

Friday, May 21, 2010

Pesanan Yang sangat bermakna untuk umat manusia-Dr Fadhilah Kamsah

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

 

 
Berdasarkan Hadith Nabi :

 
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

 
Huraian hadith:

 
  • jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa(walaupun  ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Wednesday, May 19, 2010

My 2nd Little precious



Friday, May 14, 2010

Amsyar 6months Injection getting Fever


As-salam...hai kawan kawan..hari ni aku dtg untuk mengupdate blog aku ni...semalam temujanji utk si kecik Amsyar ke KK Masai..dtg untuk injection immune 6 months.Pagi pagi lagi aku dah mempersiapkan diri ku anak-anak ku...mujur la sebelum sempat mereka bangun dari tdo aku dah langsaikan semua kerja2 rumah..alhamdullilah semuanye sempat dan beres..Temujanji yang diatur 1 sebulan awal dengan Klinik menemui tarikhnye. sepatutnye..tarikh nye ialah pada 15hb May '10 tp memandang kan 15hb tu jatuh pada hari Sabtu. so tarikh pun ditukarla pada 13hb May '10 (khamis)..tepaksa la ibu ambil ANL ibu demi kerana mu sayangku..jam menunjukkan jam 10am..pergerakkan harus di atur takut terlwat pulak...."Kite nak pegi mane ni ibu" itulah yg sering terlekuar dari mulut Azfar Harith. "Ibu nak hantar adik ke klinik" jawapan yg paling ringkas keluar dr mulut aku...sambil stereng kereta ku pandu hampir ke rumah Mak Uteh.."Harith kene duduk umah Tok Teh ya...jp lgi pas ibu dah siap hantar adik,, ibu amik Ayezz ye"...

     Keadaaan di KK masai agak kelamkabut dengan cuaca pagi yang amat panas terik..wlupun ku tahu sinar suria pg yang cukup baik utk kesihatan kite..org ramai berpusu-pusu menunggu gilirran untuk dipanggil..ade yang mengipas-ngipaskan dengan tangannye tanda kepanasan..ape lah KK Masai ni..bagi aircond sikit kat ruang menunggu giliran tu..baru selesa semua org .kesian aku tgk buka kipas pun mcm takda kipas...pada aku ..aku lebih selesa klu diberi peluang untuk buat injection di HSI..ruang menunggu pun selesa..siap dengan aircond lagi....aku harap sgt in future KK Masai akan mengupdate dan mengupgradekan segala kelengkapan disana..InsyaAllah.

Nampaknye lambat lagi la giliran aku..sampai je giliran baru 48+ sedangkan aku punye giliran 532..jam dah pukul 10.30..agak2nye pukul berapa la aku boleh siap n balik ekk klu begini la caranye..uwaaaa..mudahan anakku x meragam...aku terus ke bilik penyusuan...alhamdullilah..suasana bilik aman damai...dpat ler aku rileks kat dlm tu wlupun tanpe aircond hanye kipas..atleast ok dri kat tempat menunggu didepan sana..Adikk seakan tahu..bahawa dia akan dpt ape yg dia nak....tak sabo sabo dia mencari "nenen" nye....wah kelihatan Amsyar begitu dahaga wlupun pg tadi sebelum keluar semangkuk bubur dah pun aku beri ...maybe sebab cuaca yang begitu terik tu yang dia cepat dahaga.Minumlah wahai sayangku Amsyar Harith...hampir 10 minit melepaskan dahaganye..Amsyar kembali aktif  melayan agahan dari seorang abang yang lebih kurang sebaya ngan Abang Longnye....Lompatan bagai springnye membuatkan ibu keletihan sayang.."aduhhh penatnye" keluhan yang terkeluar dr mulut aku....

Keadaan diruang menunggu kembali bersinar dgn cuaca mendung yang dah nak hampir hujan..ALhamdullillah Allah beri rezeki dgn turunnye air Hujan disaat kami semua memerlukan suasana redup kedamaian.tetiba NO 532 terpapar menandakan turn aku pulak.."Bukak baju anak dn timabang ye" spatah dua kata dr Misi yang bertugas...dgn sepantas kilat aku mempersiapkan Amsyar utk ditimbang...bukan ape..takot..dpt hadiah pulak dr Amsyar (takot terkenc**g @ terbe**k lak) tgh2 timbang ...Jejari Jam Timbang menunjukkan berat AMsyar setakat 5 bulan 29 hari (lagi sehari 6 bulan) ialah sebanyak 7 kilogram..alhamdulliah ade peningkatan sayanggg....semoga dengan berat yang kamu perolehi ni..bukan sahaja bertambah berat malahan bertambah lah kesihatan yang baik baik belaka..sementara menunggu Misi berceloteh bertanye kan keadaan kesihatanya pada ku...sempat la aku meninjau2 jam ditangan..alamak dah hampir 12.00 tgh hari...hujan diluar masih belum reda lagi...selesai dibilik Misi..aku pun keluar buat temujanji di kaunter  untuk temujanji yang berikutmnye..dari pengalaman anak yang sulong...last immune setakat ni yela 6 bulan..7,8,9,10,11,bulan tu kalau pegi je just utk check berat dan perkembangan biase dan lepas ni immune utk setahun...so klu agak2 aku malas nak pegi next appoinment..aku buat jer kat swasta.senang jugak la cume perlu keluar ongkosnye sahaja...masa tu takde kekangan la bley buat pagi atau malam..jadi xperlu lah aku amik cuti...heheh..memandang kan ANleave aku pun dah semakin berkurangan ni..ahakssss..

"Pasni..Adik kene cucuk tau.." sambil aku membisikkan di telinganye...adik seakan faham akan bisikan ibu yer,,,muka sedih je ..ubat "Polio" ye..ehh betul ke sebutan aku ni...sorry yer nurse diiluar sana klu salah ejaan aku ni. Ubat ni akan di beri kan kemulut Amsyar sebelum suntikan dibuat..xtahu la untuk ape..maybe utk tahan sakit ke...atau yang sewaktu dengan nye la..adoiii aku plak yg ngeri. ku tabahkan jua hatii...demi kebaikan mu sayangku Amsyar. Peha kaanan Amsyar menjadi mangsa suntikan.."ggrrrrrrrrrrrrr" .Nurse tu pun memulakan tugasnye mencucuk..dengar tangisan sakit Amsyar lebih kurang 2 minit lamanye..."sayang sayang sayangggggggggggg anak ibu jgn nangis ye sayanggggg Amsyar kuat..jgn nangis tau" sambil  aku peluk buahati aku yang tersayang ni...aikk terus senyap...aku mengagah nak buat dia kembali tensenyum...
kat bawah  ni gambo Amsyar Harith after taking 6 month immunes.


Hujan masih belum behenti lagi la sayang..mcm mane ni kita nak balik ni sedangkan payung ibu terlupe nak bawak...bukan kata nak balik g tempat "parkir"..nak amik ubat demam pun tak bley ni...Mujur ader minah sarawak ni yang kebetulan tu lalu kat sebelah aku dan nak amik ubat untuk anaknye..aku pun tanpa segan silu ..meminta bantuan untuk ambikkan sekali ubat Amsyar..Org sarawak memang baik baik belaka.."thanks ye kak..tolong amikkan ubat anak saye". Sementara nak tunggu hujan reda..aku pun mencari idea bagaimana nak redah hujan tanpa payung..maksud nye redah tanpa anak kesayangan ku ni kene hujan...dlm beg hanya ade napkins 2 helai dgn pampers je ni...so aku pun amik napkin tu..buat tutup stroller jgn kasi tempias hujan gerimis kene kat Amsyar..ALhamdullillah berjaya jugak menembusi laluan utk ke Parkir walaupun aku jugak yg basah...sampai kat rumah lebih kurang jam 12.30 tgh hari...aku terus bukak bekalan ubat yg diberi oleh KK Masai..dan bg ke Amsyar tanpe bantuan dr sesiapa .almaklum lah hubby pun belum balik dri kerja..slowly aku sua kan ubat ke dlm mulut Amsyar...ahakkksss muntah la pulak..sambil menangis nangis si Amsyar ni..mujur emak yg berada di luar bilik aku peka dan prihatin dengar sora cucu kesayanganye ni..Tok Mak bantu bg Amsyar minum ubat takot demam mlm mlm nanti..masuk jugakla sikit ubat kedalam mulut Amsyar...Harap mlm tu Amsyar x meragam n x demam...shingga jam 5 ptg aku sentiase monitor suhu badanye...so far tak tinggi tahap demam...Alamak tetiba jam 12.30 mlm..suhu badan Amsyar naik mendadak sehingga aku terasa kehangatan badannye membuatkan aku tesangat lah cuak...ku tampal dikepalanya  "baby cooler fever" yang sentiase ade menjadi stok simpanan kami...biar ibu basah kan sikit kepala adik ye sayang....sepanjang...pesepertidoannye...aku dpt rasakan yang si Amsyar ni dlm keadaan demam yng meyakitkan seluruh badannye..bayangkanla kalau kite dlm keadaan demam mcm ner...alahai anakku demam la..seingat aku ini la kali kedua  sepanjang dia lahir kat dunia ni..demam kali pertama masa injection yang pertama.heheh itu pun kojap jek...harap2 kali ni demam pun kojap je sayang yer....sampai pagi ni suhunye masih tak tuurun...tp pagi td lepas bangun tdo..dia agak aktif jugak wlupun demam...ibu terpaksa kerje sayang,,,sebab semalam ibu dah cuti hantar kamu ke klinik,,,tp klau misal kata Amsyar Demam terruk,,,ibu terpaksa la amikk cuti jugak...sampai la sekarang ni,,,time tgh coret kat blog ni...tiada pun panggilan kecemasan dr baby sitter,,,syukur pada yang Esa,...semoga anakku cepat sembuh..okla..smpai sini dulu coretan aku..kat bawah ni sempat la aku snap gambo2 Amsyar seeblum aku pergi kerja pagi tadi untuk tatapan kerinduan Ibu di tempat keje nanti....heheh...

Related Posts with Thumbnails