Wednesday, July 14, 2010

:: Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa ::

Salam kawan-kawan blog.. dah lama gak yerk blog ni tak diupdate. Lepas satu dugaan dtg .Datang lagi satu Dugaan terhadap kami sekeluarga. Ujian Tuhan tiada sape dpt menjangka apetah lagi menolaknye.Malah kami terima dengan Redha. Siapa sangka suami yang sebelum ini kelihatan sihat bertenaga tiba tiba jatuh sakit. Diri ini terasa seperti patah kaki sebelah atau tak menang tangan. Begini kisahnya...pada 7 hb tetiba dpt panggilan dari suami tercinta mengadu dirinya sakit perut yang teramat. Ini merupakan kali kedua dia mnghadap sakitt perut yang sama pada october 2009. Ketika diri ini sedang mengandungkan anak kedua kami.Pada Ketika itu kami pergi ke Klinik Penawar.Doktor menjangka sakit perut itu berkaitan dengan batu karang.Dia bagi injection dengan segala mcm ubat ubatan..namun alhamdullilah sakit tersebut beransur pulih.Kami pun menyangka memang benar ada batu karang. Tetapi kali ini sakit yang perut yang didhapinye memang benar2 mencabar segala galanye...sakit perut memulas yang teramat sgt sehingga kan aku sendiri dpt merasakn kesakitan yang dihadapinye. Apabila  kami refer di Klinik tersebut, doktor masih lagi megatakan bahawa itu tanda batu karang..dan dia hanya menyuruh kami refer kembali ke kliniknya apabile tiada perubahan yang berlaku..sepanjang perjalanan kmi pulang kerumah..kelihatan terserlah kepucatan wajah sang suami ku...badan lemah longlai..namun perut masih memulas kesakitan. Segala makan tidak dpt lagi diterima perut...secawan air yang minum dibalas dengan secawan muntah.Menurut kata suami...tekaknye yang rasa memualkan tidak dpt menerima sebarang makanan.ubat demi ubat penahan sakit ditelan namun tiada kesan langsung. Hajat dihati kami ingin refer balik klinik tersebut mlg sungguh klinik tersebut sudah tutup.Terpaksa lah hubby menunggu sehingga keesokkan paginye.Tdornya tak lena..perut masih lagi memulas mulas..aku yang risau kerana tiada satu pun makanan yang masuk kedalam perutnye memaksa dia utk makan sekali lagi ternyata.perutnye tidak boleh lagi menerima sebarang makanan kecuali air suam.itu pun sikit saje.

Pagi tu sebelum kami ke klinik sekali lagi aku menyurh nye utk makan roti utk alas perut sebelum makan ubat tahan sakit..Muntah lagi..kami pun terus ke klinik dan kami diarah utk refer ke Hospital.Tiba di hospital hubby diarahkan utk menjalani ujian air kencing dan ujian sample darah. Hampir 2jam kami di unit kecemasan menunggu keputusan makmal.Ternyata ujian tersebut positif. Ujian air kencing mendapati terdapat sedikit darah dah ujian darah pula mendapat terdapat jangkitan kuman.Keputusan menunjukkan appendik suami ku telah pecah dah terkena jangkitan kuman.Dia harus menjalani pembedahan bagi mengatasi sakitnya. Maka pada 8hb July suami telah ditahan di wad dan dinasihatkan berpuasa atas sebab pembedahan.bermakna dia dah tak boleh makan dan minum tapi air glukos telah dimasukan melalui tangan nya bagi menggantikan tenaga yang hilang. Aku bingung memikirkan anak anak memandang kan pengasuh yang dari awal telah meminta cuti pada 9hb.Cuti tahunan terpaksa di ambil .kat mana aku nak letak anak aku..Mujurlah ader yng sudi membantu.anak ku telah dijaga oleh makuteh aku sendiri..jasamu tetap dikenang wahai makcik ku..bermakna selagi pembedahn belum selesai aku harus menemani suamiku dihospital.Pergi pagi manakala petang aku pulang dari hospital terus menguruskan anak anak.

Pembedahan dijadualkan pada 9hb July(malam). Pada hari tersebut pagi lagi aku telah menghantar kedua dua anakku ke rumah makuteh dan terpaksa ke sekolah untuk memberitahu pihak pentadbir sekolah atas ketidakhadiran suami ke tempat kerja.Segala masalah telah pun diceritakan kepada penolong kanan sekolah.Selesai segala urusan aku pun teruskan menuju kehospital. Sampai shaja.kelihatan wajah sayu suami ku yang aku pikir sedang menghitung detik untuk dibedah..Bila bila masa sahaja namanya akan di panggil sekiranya terdapat kekosongan didewan bedah. ternyata benar siap shaja suami ku mandi..staff dr dewan bedah menghantar sepasang operation suite utk ditukar. maka suami pun diusung ke dewan bedah menaiki katil roda oleh staff di dewan bedah. AKu yang tidak ketinggalan mengekori suami ku sehingga ke garisan merah dewan bedah. tepat jam 11.00 suami ku masuk ke dewan bedah dan jam 2.30 dia telah  selamat keluar dari dewan bedah .Aku yang dri tadi tak putus memanjatkan doa sepanjang menanti suami menarik nafas lega bersyukur ke atas Allah SWT setelah kelibat sang suami muncul di pintu dewan selamat menjalani pembedahan appendiknya. Namun Suamiku masih belum sedar lagi keaadaannye masih lemah terus dihantar semula ke wad..

Husband perlu berehat di wad selama mana selepas semuanye Ok.if dah boleh minum x muntah lagi, if dah boleh makan x muntah lagi, dah buang air kecik, air besar, k**t*t...baru boleh discharge dr hospital.Alhamdullillah semuanye mengambil masa  selama 4hari atfter operation...utk pulang ke rumah.Namun pergerakkan nye tetap terbatas. Atas nasihat doktor dia hanya boleh melakukan kerja kerja ringan sahaja hanya selama sebulan dan cuti sakit diberikan selama 14 hari. manakala hari yang kesepuluh dr tarikh pembedahan suami harus pergi ke klinik utk membuka jahitan yang sepanjang 5cm tu..(auwwww ngerinye). Kepulangan suami juga telah disambut oleh kedua ibu & ayah mertua ku yang dtg dr Segamat taklupa juga disambut oleh anak kami yang sulung..(5 hari tak jumpe ayahnye..kesian). Terima kasih pada rakan dan sedara mara yang turut hadir menziarahi suami di hospital terutama buat .En.Alamshah( rakan karib husband) ayah & ibu mertua, En Bukhari (rakan sekolej suami yang dtg dr Kluang, En Is (Dr bahagian Diet mkananan HSI yang juga merupakan rakan sekolah husband), Pn Masliah & En Hazriq, mak uda dan Hakim, ayahku dan En Fairuz (adik ipar aku).Terima kasih juga kepada staff HSI terutama doktor-doktor yang telah merawat husband sepanjang di HSI.

                           ~:: Doa ku semoga suami tercinta cepat cepat sembuh seperti sedia kala::~
::sebelum di operasi::

:: saat saat mendebarkan
dgn operation suite ::

Related Posts with Thumbnails