Friday, July 23, 2010

si bulat yang semakin ligat

Hari ni x tahu nak update ape...belek belek hset nampakla gambar si bujang bulat my dear Amsyar..nampaknye Amsyar semakin membesar dan semakin ligat, aktif. Anak kami yng ini sangat aktif mungkin hasil dr nama nye yang bermaksud "cergas"..hari hari kami dok panggil Amsyar Amsyar Amsyar..sehingga la seswai dengan keaktifanye. Pantang letak bwh sekijap je dah nak panjat panjat, pantang nampak barang2 kecik dimasukkan kedalam mulut...Nasib baik letak dlm walker.tapi biasenye dia ni tak suka sgt nak dok dlm walker ni lama lama. kejap je dah melalak  minta di dukung.Kesian..alahai ibu tgh sibuk ni terpaksa tinggalkan keje sekejap melayani karenahnya.

:: gambar yang ni Amsyar yang cube
nak masukkan sesuatu kedalam
mulutnye cube disergah oleh ayah sementara
ibu pun mensnapkan gambarnye ::

:: gamba yang ni memang ibu saje buat
kan mata Amsyar jd mcm ni ,
suke tgk mata yg sepet tu ::





Wednesday, July 21, 2010

Siakap Stim

Sabtu yang lepas ,cousin i dtg melawat my hubby. Siap bwk ikan siakap 2 ekor.Katanye suruh i masakkan Hubby sempena hari hari sakitnya. Lama gak i pikir nak masak ape dgn ikan siakap tu...surf punye surf internet terjumpe resipi siakap stim..so balik dr kerjaterus beli bahan bahan nak masak siakap stim tu...hehe inilah hasil air tangan ku utk sang suami tercinta...sedap cume termanis la.terlebih asam boii...(terlebih sudah)).next round masak sure lagi perfect huhu...

:: siakap stim for my beloved hubby :: ahaksss


Monday, July 19, 2010

Resipi Nasi Goreng Jagung

Malam tu tok mak masak nasi goreng, tapi nasinya terlalu pedas (tok mak guna cili padi) . Azfar tak boleh makan sebab Azfar tak tahan pedas, kesian Azfar..ibu gorengkan nasi goreng jagung special untuk Azfar.So maka menu dinner Azfar malam tu ialah Nasi goreng jagung bersama air Yougurt.Selera namak dan banyak jugak Azfar makan yer..
                           :: Nasi Goreng Jagung ::
                           ~~~~~~~~~~~~~~~~


resipinye:
-----------
Bahan Bahan:
1.Bawang putih 3 biji
2. Bawang esar  1/2 biji
3. Ikan bilis kisar
4. Jagung fresh
5. Ayam dipotong dadu
6.Garam secukup rasa
7. Butter untuk menumis
8. Nasi putih

Cara-caranye:
----------------
1. Tumis   bawang putih bersama bawang dan ikan bilis mengguna sedikit butter sehingga naik aromanya
2. masukkan ayam yang telah dipotong dadu .kacau sehingga ayam masak
3. Masukkan garam secukup rase.
4. Masukkan nasi putih dan juga jagung fresh
5. Goreng sehingga masak.
6. Siap dihidang


Sealamat Mencuba~~~~~~

Wednesday, July 14, 2010

:: Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa ::

Salam kawan-kawan blog.. dah lama gak yerk blog ni tak diupdate. Lepas satu dugaan dtg .Datang lagi satu Dugaan terhadap kami sekeluarga. Ujian Tuhan tiada sape dpt menjangka apetah lagi menolaknye.Malah kami terima dengan Redha. Siapa sangka suami yang sebelum ini kelihatan sihat bertenaga tiba tiba jatuh sakit. Diri ini terasa seperti patah kaki sebelah atau tak menang tangan. Begini kisahnya...pada 7 hb tetiba dpt panggilan dari suami tercinta mengadu dirinya sakit perut yang teramat. Ini merupakan kali kedua dia mnghadap sakitt perut yang sama pada october 2009. Ketika diri ini sedang mengandungkan anak kedua kami.Pada Ketika itu kami pergi ke Klinik Penawar.Doktor menjangka sakit perut itu berkaitan dengan batu karang.Dia bagi injection dengan segala mcm ubat ubatan..namun alhamdullilah sakit tersebut beransur pulih.Kami pun menyangka memang benar ada batu karang. Tetapi kali ini sakit yang perut yang didhapinye memang benar2 mencabar segala galanye...sakit perut memulas yang teramat sgt sehingga kan aku sendiri dpt merasakn kesakitan yang dihadapinye. Apabila  kami refer di Klinik tersebut, doktor masih lagi megatakan bahawa itu tanda batu karang..dan dia hanya menyuruh kami refer kembali ke kliniknya apabile tiada perubahan yang berlaku..sepanjang perjalanan kmi pulang kerumah..kelihatan terserlah kepucatan wajah sang suami ku...badan lemah longlai..namun perut masih memulas kesakitan. Segala makan tidak dpt lagi diterima perut...secawan air yang minum dibalas dengan secawan muntah.Menurut kata suami...tekaknye yang rasa memualkan tidak dpt menerima sebarang makanan.ubat demi ubat penahan sakit ditelan namun tiada kesan langsung. Hajat dihati kami ingin refer balik klinik tersebut mlg sungguh klinik tersebut sudah tutup.Terpaksa lah hubby menunggu sehingga keesokkan paginye.Tdornya tak lena..perut masih lagi memulas mulas..aku yang risau kerana tiada satu pun makanan yang masuk kedalam perutnye memaksa dia utk makan sekali lagi ternyata.perutnye tidak boleh lagi menerima sebarang makanan kecuali air suam.itu pun sikit saje.

Pagi tu sebelum kami ke klinik sekali lagi aku menyurh nye utk makan roti utk alas perut sebelum makan ubat tahan sakit..Muntah lagi..kami pun terus ke klinik dan kami diarah utk refer ke Hospital.Tiba di hospital hubby diarahkan utk menjalani ujian air kencing dan ujian sample darah. Hampir 2jam kami di unit kecemasan menunggu keputusan makmal.Ternyata ujian tersebut positif. Ujian air kencing mendapati terdapat sedikit darah dah ujian darah pula mendapat terdapat jangkitan kuman.Keputusan menunjukkan appendik suami ku telah pecah dah terkena jangkitan kuman.Dia harus menjalani pembedahan bagi mengatasi sakitnya. Maka pada 8hb July suami telah ditahan di wad dan dinasihatkan berpuasa atas sebab pembedahan.bermakna dia dah tak boleh makan dan minum tapi air glukos telah dimasukan melalui tangan nya bagi menggantikan tenaga yang hilang. Aku bingung memikirkan anak anak memandang kan pengasuh yang dari awal telah meminta cuti pada 9hb.Cuti tahunan terpaksa di ambil .kat mana aku nak letak anak aku..Mujurlah ader yng sudi membantu.anak ku telah dijaga oleh makuteh aku sendiri..jasamu tetap dikenang wahai makcik ku..bermakna selagi pembedahn belum selesai aku harus menemani suamiku dihospital.Pergi pagi manakala petang aku pulang dari hospital terus menguruskan anak anak.

Pembedahan dijadualkan pada 9hb July(malam). Pada hari tersebut pagi lagi aku telah menghantar kedua dua anakku ke rumah makuteh dan terpaksa ke sekolah untuk memberitahu pihak pentadbir sekolah atas ketidakhadiran suami ke tempat kerja.Segala masalah telah pun diceritakan kepada penolong kanan sekolah.Selesai segala urusan aku pun teruskan menuju kehospital. Sampai shaja.kelihatan wajah sayu suami ku yang aku pikir sedang menghitung detik untuk dibedah..Bila bila masa sahaja namanya akan di panggil sekiranya terdapat kekosongan didewan bedah. ternyata benar siap shaja suami ku mandi..staff dr dewan bedah menghantar sepasang operation suite utk ditukar. maka suami pun diusung ke dewan bedah menaiki katil roda oleh staff di dewan bedah. AKu yang tidak ketinggalan mengekori suami ku sehingga ke garisan merah dewan bedah. tepat jam 11.00 suami ku masuk ke dewan bedah dan jam 2.30 dia telah  selamat keluar dari dewan bedah .Aku yang dri tadi tak putus memanjatkan doa sepanjang menanti suami menarik nafas lega bersyukur ke atas Allah SWT setelah kelibat sang suami muncul di pintu dewan selamat menjalani pembedahan appendiknya. Namun Suamiku masih belum sedar lagi keaadaannye masih lemah terus dihantar semula ke wad..

Husband perlu berehat di wad selama mana selepas semuanye Ok.if dah boleh minum x muntah lagi, if dah boleh makan x muntah lagi, dah buang air kecik, air besar, k**t*t...baru boleh discharge dr hospital.Alhamdullillah semuanye mengambil masa  selama 4hari atfter operation...utk pulang ke rumah.Namun pergerakkan nye tetap terbatas. Atas nasihat doktor dia hanya boleh melakukan kerja kerja ringan sahaja hanya selama sebulan dan cuti sakit diberikan selama 14 hari. manakala hari yang kesepuluh dr tarikh pembedahan suami harus pergi ke klinik utk membuka jahitan yang sepanjang 5cm tu..(auwwww ngerinye). Kepulangan suami juga telah disambut oleh kedua ibu & ayah mertua ku yang dtg dr Segamat taklupa juga disambut oleh anak kami yang sulung..(5 hari tak jumpe ayahnye..kesian). Terima kasih pada rakan dan sedara mara yang turut hadir menziarahi suami di hospital terutama buat .En.Alamshah( rakan karib husband) ayah & ibu mertua, En Bukhari (rakan sekolej suami yang dtg dr Kluang, En Is (Dr bahagian Diet mkananan HSI yang juga merupakan rakan sekolah husband), Pn Masliah & En Hazriq, mak uda dan Hakim, ayahku dan En Fairuz (adik ipar aku).Terima kasih juga kepada staff HSI terutama doktor-doktor yang telah merawat husband sepanjang di HSI.

                           ~:: Doa ku semoga suami tercinta cepat cepat sembuh seperti sedia kala::~
::sebelum di operasi::

:: saat saat mendebarkan
dgn operation suite ::

Tuesday, July 6, 2010

Azfar @ Hospital

4th Jun merupakan tarikh  hari pembedahan untuk anak kami yang sulung. Jam 12pm -5am Azfar perlu bepuasa atas sebab syarat2 pembedaha.and last dia minum susu ialah pada jam 5pagi..tp  memang pun time-time pagi mcm ni kami x pernah pun bagi makanan padanye.jadi tiada masalah baginye utk berpuasa.Pukul 6.30pagi kami dah kejutkan Azfar supaya bagun n mandi cepat2..takot takot terlewat pula memandang kan temujanji kami ialah pada jam 7.30 pagi..mujurla dia dengar kata ibu dia..Kesesakan lalulintas pasirgudang-johor bahru menggusarkan hati kami namun kegusaran itu lenyap apabila staf Puteri telah menghubungi kami bagi menkonfimkan kedatangan kami.Lantas situasi lalulintas dengan keaadan ttraffic jam yang kami alami di beritakan kepada staff tersebut dan temujanji yang diatur terpaksa di lwatkan setengah jam kemudian nya.
Setibanya kami di puteri kami terus menuju ke wad kecemasan dan kami dihantar ke tingkat 4 wad kanak-kanak..Azfar diberi ubat minum bg mengrilekskan keaktifannye..sebelum dibawa ke dewan bedah.setelah 1/2 jam kami di bawa ke dewan pembedahan.Sebak jugak tgk my son ni...tpi demi utk kebaikannya..kami gahkan jugak.aku ni jenis penakut belum sampai dewn bdah lagi perut dah kecut bukan pun aku yg nak kene bedah tetapi anak kami..Justeru aku mengambil keputusan utk tidak masuk ke dewan pembedahan dan tuagasan ini diajukan kepada suami tercinta utk menemani Azfar yang sememang mesra bersama ayahnda nye.Suami la yang melayani karenah si Azfar tatkala 1/2 jam sehingga Azfar tetrido sebelum pembedahan dilakukan.Aku yang berada di luar hanya mengankat tangan meminta doa supaya anak kami selamat dalam pembedahan. Menurut kata suami Azfar yang meronta ronta sebelum pembedahan terus diberi oksigen sebelum diberi suntikan bius oleh Pakar bius.Setelah operasi bermula suami di arahkan keluar dr dewan pembedahan dan duduk la kami berdua di luar pekarangn dewan pembedahan bersama sama lagi ahli keluarga pesakit yang lain. Satu demi satu nama waris pesakit yag telah selesai dioperasi di panggil  oleh doktor..kami hanya menunggu dengan debaran sambil memanjatkan doa kepada yang Esa.Setelah hampir 1/2 jam kami menunggu...kedengaran suara Dr Lai Fui Boon dr unit Paedeteric nd Surgeory kanak yang telah melalku kan operasi terhadap anak kami memanggil nama kami .." anak puan telas selesai dibedah .lubang yang dihadapinya berdiameter sebesar ibu jari dan kita telah menutup lubang tersebut dan 1/2 jam dr sekarang dia akan keluar dr dewan ni" Hampir nak menitis air mata  syukur kepada Tuhan anak kami selamat..Kami yang taksbar sabar menanti dengan hati yang tenang..tetiba klibat  Azfar yang didokong oleh misi sampai di pintu dewan bedah..keaadaannye masih amat lemah kemungkinan kesan dr ubat bius dan ubat tido tu masih ade..dia seperti mamai mamai lagi merengek meminta balutan ditangannya dibuka. Mujur misi misi yang cekap td pandai berdrama utk mengalih arah niat si Azfar td. Kami dan azfar di bawk ke wad semula. Pesanan oleh misi supaya memberi Azfar minum air putih bile dia bgun dr tdo dan tunggu 10 min klu tak muntah baru sambung bg susu dan tunggu setengah jam kalau tak muntah baru sambung bg makan nasi..Ini semua atas arahan doktor bg melihat perkembangan usus nya selepas pembedahan tadi. Kami pegang pesanan itu..sehingga la Azfar betul2 sedar dr tdo.Kmi berada di wad lebih kurang 3jam bagi menungu last wad review oleh doctor sebelum pulang kerumah.
                            ******************************************************


::Maaf ye gambar xsempit diedit...saja suka suka snap snap di hospital::
*****************************************************

Friday, June 25, 2010

Alahai Anakku..Surgeory on 2nd July 2010

~~~'~Salam Kawan-kawan ..Keputusan menunjukkan anakku memang mengidap Hernia Right Side..Kini kami redha atas kententuan Illahi, dan segala fakta yg diberitahu oleh doktor sejak ( 1st operation 2009)bahawa 80% hernia right side will be come out anytime.Now kami get ready on it. Azfar Harith putera sulung kami akan menjalani Pembedahan Hernia Right side pada 2 July 2010 di Puteri Speacialist Hospital, Johor..Doa ku agar segala proses pembedahan dipermudahkan oleh Nya.-amin..kawan-kawan pun jangan lupe doakan sekali untuk anak saye ye....Sekian catatanku untuk informasi anda...~~`~~

~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 3 )

~Selamat Pengantin Baru semoga kekal abadi bahgia ke anak cucu~

Perjalanan kami diteruskan dr Parit Jalil , ke rumah raja sehari di Seri merlong , Rengit batu Pahat Johor yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.Kami telah merancang utk pergi bersama sama seorang lagi rakan lama yang perjalannya datang dr arah Johor Bahru. Kami telah berkumpul di kawasan daerah Taman Tasik Punggur Senggarang, Ternyata kerinduan kami  yang telah hampir setahun tak berjumpe terhadap member yang di gelar "dot" telah memecah kesunyian dengan gelak2 ketawa kami. Rombongan 2 kereta kami sampai di perkarangan rumah pengantin lebih kurang jam 1.30 petang...

Keadaan suasana rumah pengantin yang riuh rendah dengan kedatangan para tetamu di tambah lagi dengan cuaca cerah panas terik membuatkan kami tak sabo-sabo mahu ke khemah menumpang redup. Kedatangan kami 2 keluarga disambut oleh kakak pengantin "Kak Melati" yang lebih senang dengan panggilan "Kak Ngah"..Kami dijamu nasi minyak sebelum acara kemuncak "bersanding" bermula...Tepat jam 2 kedengaran paluan kompang menandakan acara bermula dan ketibaan pengantin lelaki dtg bertandang...sememang nye penduduk kg Sri Merlong ini penuh dengan adat adat- Pengantin dirai dengan persembahan pencak silat, tarian Kuda Kepang dr kumpulan penduduk batu pahat dan juga alunan kompang yang terus menerus sekali gus memeriahkan lagi majlis Raja sehari "Mawar & Shamsul".


::1&2. Ketibaan pengantin lelaki disambut oleh pengantin prempuan::
::3 & 4.Pencak silat & tarian meraikan kedatangan kedua mempelai::


:: suasana di pelamin ketika upacara bersanding::
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`~
PANAS KERING SIAPAKAN TAHU
HUJAN RINTIK DI DAUN PANDAN
BERJALAN SEIRING BERSENTUH BAHI
SAMA CANTIK SAMA PADAN
~~~`~~~~~~~~~~~~~~~~~~


::gamba utama (I yang telah di jemput utk menepungtawar ::
:: kami juga tidak mahu melepaskan peluang berposing di depan lensa
kamera berlatar belakangkan raja sehari ::
::Pengantin perempuan merupakan bekas pengapit saya semasa majlis perkahwinan kami tahun June 2007::

Kami telah beredar dari rumah pengantin sebelum acara selesai kerana kami harus meneruskan destinasi seterusnye iaitu ke segamat..Kampung Hubby..
Okla ssampai disini dulu catatan ku utk informasi kali ini..
Bye..Wassalam



Tuesday, June 22, 2010

~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 2 )

Hai Kawan-kawan..ni sambung dr part 1 tau...lepas kitorang dah berhempas pulas penat melayan anak anak...di Wetworld batu pahat...kami pun meneruskan destinasi berikutnye...sebenarnya nak cari tudung color purple sebab nak match kan ngn baju kurung yg dibawa untuk attend wedding member keesokkan harinya..tp bile tgk2 bandar batupahat jam 7.30 mlm dah tutup segala..sunyi jer...ape yg kami nampak yelah Summit Mall..iaitu shopping complex yang terkemuka daerah DUN Batu Pahat...hehehe..betul ke aku ckp ni???...singgah la kejap..masuk masuk tgk pun sma takder langsung kedai kedai Melayu yg jual baju atau tudung yg mcm kat Plaza Angsana JB tu...meriah kan...luckly ade sebuah butik , i thought ownernye mesti Chinese "butik Layang-Layang" butik ni jual baju-blouse, baju kurung and ade sikit la tudung...tu pun x byk sgt choise..Alhamdullilah ade lak tudung color purple yang match ngn baju kurung td...terus capai try n bayar settle...takyah nak rushing2 cari kedai lain..sempat lak kami tgk Magic show Malaysia Batu Pahat yang diadakan disana...tp kami tak tgk sampai show tu habis la..sebab byk lagi destinasi ni...singgah jap ke The Stor pi beli jajaan nak makan dlm kete heehe...sempat lagi tu...


Keaadaan kat luar ni dah gelap ...memang ler sebab dah hampir 8.30 mlm...kami meneruskan perjalanan ke destinasi ke Parit Jalil,Homestay Puan Masenah...Homestay ni memang kami dah book awal ler..memang tujuan utk bermalam disini supaya esok senang utk ke seri merlong batu pahat wedding member tu..Kire perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 45 min (+- traffic light semua la)utk sampai ke homestay ni..Kami sampai di sana dalam pukul 9.15mlm...Ketibaan kami disambut baik oleh Tuan rumah hometsay. Untuk pengetahuan semua Pn Masenah yang merupakan bekas pesara guru telah menyediakan khidmat homestay bagi mereka yang tiada tempat penginapan sekiranya berkunjung ke kawasan berdekatan Parit Jalil dan area-area berdekatan.Kami telah memilih pakej sebilik satu malam lengkap dengan set Breakfast. Keaadan bilik yang amat luas, selesa beserta dengan kesejukan aircond membuatkan kami 4 beranak tdo dgn nyenyak sekali. Pada keesokan pagi harinya (Ahad 13/Jun/10) kami telah disediakan dengan pelbagai juadah sarapan pagi beserta desert "Durian" hehe..Setelah beramah mesra dengan tuan rumah,Kami bersiap sedia menyiapkan diri utk keluar dari homestay Pn Masenah atas Tujuan utama kami ke Batu Pahat Undangan Kawin "Mawarnina" di Rengit .Ternyata layanan yang diberikan oleh Tuan Rumah yang sememnagnye mesra pelanggan amat memuaskan hati kami sekeluarga.Terima Kasih "PN.MASENAH HOMESTAY".


::sempat kami berposing didepan lensa kamera bersama-sama owner ::
::rumah dihadapan pintu masuk utama::
~~Homestay milik~~


~~~Ok nanti sambung (part 3) yer,,destinasi ke Rumah Pengantin Sri Merlong Rengit~~~

Friday, June 18, 2010

~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 1)


::Pemandang dari pintu masuk Wet world::

Salam kawan-kawan..kali ni xtvt ujung minggu kami memang panjang sikit memandangkan permohonan cuti tahunan yang diambil telah diluluskan oleh ketua jabatan bersempena dengan cuti sekolah 2 minggu.Kami telah merancang utk pergi ke majlis kenduri kahwin member di Sri Merlong Rengit BP  seterusnya pulang ke kampung Segamat, lantaran kami mencari alternatif untuk singgah ke Wetworld Batu Pahat. Berdasarkan analisa kajian yang dibuat oleh kami terhadap anak sulung kami yang cukup suka klu dibawa ketempat mandi manda justeru kami membuat keputusan membawanya kesini.Alangkah seronoknya dia dpt ke sini..kami un tumpang gembira.Siap segala kelengkapan mandi boya telah kami belikan utknya kecuali swimming suit (tak sempat nak beli).Perjalanan kami kesini mengambil masa 2jam dari Johorbahru. 2jam disebabkan kami sesat mencari lokasi wetworld yang akhirnya sampai juga di destinasi

::Azfar dengan aksi aksi tak sabo sabo nak mandi kolam::

::gembira sgt dapat mandi kolam::

Si bujang Azfar ni ajak ayah n ibu mandi sekali. tapi ibu tak dpat mandi sama sama sebab Adik tak tdo lagi..lagipun adik belum menyusu..kami memang merancang nak mandi sama sama satu family. tapi biarlah ayah temankan Azfar mandi dulu sementara ibu menyusukan adik..


::ibu with Amsyar rehat dulu sebelum mandi::

Keriangan Azfar disambut baik ,ragam dan keletahnya di turuti oleh ayah tersayang.Walaupun penat driving lebih kurang 2 jam setengah tadi masih belum hilang, namun ayah tetap kuat kan semangat untuk melayani rentak anak bujang nya ni. Ayah turun padang memeriahkan acara mandi manda kami.

~aksi aksi mesra ayah bersama si bujangnye ~

Perasaan yang tak sabo sabo dan membuak buak setelah melihat 2 beranak tu beraksi di dalam kolam..kali ni ibu dtg bersama Azfar ayah dan adik.Adik lak buat pertama kalinya merendamkan kakinye di dalam pool..selalunye rendam jugak tapi rendam dlm besen mandi pool di rumah saje.Bukan main suka lagi dia.Dalam air pun masih nak melompat-lompat macam spring.Kami mandi satu family dengan gembiranye...


::aksi aksi K.A.M.I::


Hai Kawan-kawan.....lepas kitorang dah berhempas pulas penat melayan anak anak...hampir 1jam si adik berendam dlm kolam..en Hubby pun bg signal suruh I naikkan adik dulu..takut adik beku dek kesejukkan air kolam..so kami pun bawa adik naik dulu tukar pakaian sementara en hubby dan si abang sambung pejuangan memandikan diri dalam kolam semula..ahaksssss tak puas le tu mandi :)..tepat jam 6 petang kedengaran sound speaker signal suruh pengunjung get ready meninggalkan kawasan pool pada jam 6.30 ptg sebab operasi mandi mandian akan tamat jam 7ptg...kelihatan wajah wajah kesayangan hamba yang sgt letih lepas dr mandi tu..memang sure mlm tu tdo tak sedar sedar....


ok kite sambung
~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 2-bermalam di Homestay)













Friday, June 11, 2010

~@@hari ni last korje esok lusa tulat cuti cuti

tak sabar nye nak tunggu sabtu ahad isnin selasa dan rabu..plan kami sememangnya tak teratur. Yang pastinya esok 12 Jun 2010 kami akan bertolak ke Rengit Batu Pahat atas undang perkahwinan member xhousemate a.k.a xkolej. "Selamat Pengantin Baru buat Pn Mawarnina Bt Yusof" tunggu kehadiran kami berempat.Kononya nak stay kat homestay sekiar BP...malang nasib kami semua homestay is fullybooked..ouchhhhhh..tengokla ape xtvt selanjutnye esok...okeylah kawan kawan tunggu saya di blog akan dtg.Bye...

Thursday, June 10, 2010

~@Harriss Bookstore~


First time ke Hariss Bookstore ..memang kami x pernah ke masuk kedai buku ni sepanjang Jusco Tebrau dibuka ini lah first time kami itu pun sebab En Hubby nak cari bahan rujukan mengajar disana.Terpegun seketika melihat keaadan sekililing ruang didalam kedai ni ,Harriss memang segah namanye namun masih lagi tak dpt menandingi ada satu kedai buku di Suria KLCC tu ape namanya ermm "Kinokuniya" yang glamor dan ruang kawasan yang luas...lengkap segala macam buku disana..hehe tp kedai buku Hariss ni masih lagi dpat memenuhi kehedak En Hubby sebab ape yang dia nak cari semuanya ada disini.(opss ni bukan promosi ye).Suhu kesejukkan di dalam kedai ni memang cukup membuatkan Si kecil kami nyenyak tido lena didalam strollernya..dan si abang Azfar yang telah pun memakai sweater turut mengadu kesejukkannya.Mata meninjau accesories yang terdapat didalam Harris, maka terpukau satu Flusk(dah tak ingat brand ape yang bersaiz kecil rupa yang menawan memikat hati sesiapa yang melihat..Namun harganya agak memeranjatkan Opss harga yang hampir mencecah RM200++lantas hati berkata ape kah bahan yang diperbuat daripada.....bermacam-macam lagi la barangan lain selain dari buku bukuan yang terdapat di Harris Bookstore.Jika anda berminat kesini singgah la di Harris Bookstore Jusco Tebrau City, Johor Bahru.

Wednesday, June 9, 2010

Jemput anak anak sebelum pulang

Salam untuk kawan-kawan blog..hari hari yang berlalu sunnguh menggembirakan hati dengan kehadiran 2org putera-putera yang tersayang.Begini lah keadaannya setiap hari .selepas balik dari kerja kedua dua anak ku akan dijemput dari rumah pengasuh.Azfar di rumah tok tehnya dan Amsyar di umah ibu Esahnya sekitar jam 6-6.30 ptg. Penat berkerja akan serta merta akan hilang tatkala melihat keletah siabang yang takpernah  penat untuk berceloteh. Ragam sidua beradik didalam kereta ini seakan melupakan kerja-kerja rumah yang sedang menanti.Blog kali pendek je memangdang dah nak dekat pukul 5.30..nak balik dah...bye

:: Ni gambar-gambar yg sempat di snap sebelum turun dr kereta ::

Tuesday, June 8, 2010

~Betapa nghalatnye aku~


SubnaAllah..Maha kuasa Allah...SaBTU malam ahad yang malang buat sicomel Amsyar yang telah jatuh dari katil.Aku bangun untuk tunai kan hajat ditandas setelah selesai menyusukan Amsyar yang telah lena dibuai mimpi yang indah  kot.Kiri dan kanannya telah pun dikemas rapi diletak bantal-bantal keliling supaya dia tidak dpt melepasi halangan yang aku dah buat.Time tu aku rase seperti ader sesuatu yang akan terjadi lantas aku bingkas sepantas kilat ke bilik semula.seperti mimpi aku nampak Amsyar yang sedang lena tido ruparupa bergolek-golek satu step..dlam hati sempat la nak alihkan amsyar ketengah katil semula..rupe dia lagi cepat dari langkahku.dia jatuh didepan mata tanpa sempat langkah kaki ku yang terakhir sampai ditempat kejadian..aku hanya menjerit Kuat  memanggil "ADIK" sedangkan Amsyar dah pun berada di bawah..mujur la ade tilam dibawah dan takder ape ape cedera berat ke atas Amsyar hanya dahinye yg sebelah kiri terkena tapis di bawah katil..nampakla kesan merah sikit yng akhirnye hilang..Time Amsyar jatuh..tu dia nangis aku tak tahulah samada dia nangis sebab terkejut atau sebab dia sakit..sebab dari signal tangisan nye tu nampak mcm dia nangis sebab terkejut dgr soara aku menjerit..hahaha...alhamdullilah Amsyar kini riang seperti biasa..
Ok la nanti kite sambung di blog yang akan dtg  ye...

Friday, May 28, 2010

Ingin tambah susu badan ??

:::PERIA:::
~~~~~~~~~
Peria, rupa nya yang unik serta rasanye yang pahit cukup untuk sesetengah orang takut untuk mendekati sayuran ini. Disebalik keunikan rupa bentuk peria yang menarik ini terselit khasiatnya yang tersendiri. Ia bagus dimakan bagi orang yang menghidap kencing manis. Ia dapat mengawal paras gula yang tinggi. Peria juga didapati dapat menghasilkan susu ibu yang banyak sekiranya rajin diamalkan selalu.



:::KAILAN:::
~~~~~~~~~~
Kailan memang tidak asing lagi di kalangan peminat makanan seafood, Kailan ikan masin merupakan hidangan lauk sayuran yang dimakan bersama sama menu seafood yang lain.Rasenye juga seperti sayuran lain namun dikatakan khasiatnya juga boleh membantu menambahkan kuantiti susu ibu.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
:::PEGAGA:::
~~~~~~~~~~
Pegaga,ulaman yang cukup terkenal dikalangan masyarakat melayu, rupa dan kesagaran warna hijaunye seolah -olah memberitahu kita bahawa khasiat yang dimilikinya amat berguna sekali.Walaupun rasenye yg pahit namun ia dikatakan boleh menambahkan kuantiti susu badan.Ia boleh di makan sebagai ulaman dan juga boleh di juskan menjadi air..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







Monday, May 24, 2010

Kenapa abang mesti nak dengki pada adik???

Begini la keletahnye atau ragamnye si abang..sejak adik dilahirkan..azfar memang bersifat penyayang terhadap adiknye,,,tp sifatnye berubah sejak si adik berumur berusia 3bulan dan sehingga la sekarang ni..sia abang tetap akan mencemburui si adik ...pantang adik sentuh permainannye,,,habis ditariknye dari tangan comel si kecik...Isk  isk sabo je ibu...semua permainan adik..dia nak pinjam..byk lagi sikap nye yang boleh kita nampak misalnye...klu ibu nak bg adik makan bubur..si abang mesti mencelah..dan berkata " 1) adik nak makan bubur abang yer.." aku pun mengiakan aje dan adik hanya mampu tersenyum..kesian adik....apelah yang kamu faham ye dik...begitu juga klu nak tdo...seboleh2 nak tdo ditempat adik dia wlupun tempat dia yang cantik telah pun disediakan..nak jugak berebut tempat.. kadang2 tu..ntah angin ape yang dah mengahntui dirinye habis adik kene ketuk dek permainan dia..nasib tak cedera.so aku tak boleh tinggal kan adik berdua dgnnye.isk bahaya. .Aku agak si abang ni jeles kot kononnye...Ayah n ibu asyik sayang adik jerk dan mungkin dia fikir perhatian kitorang pada dia dah mula berkurangan berbanding sebelum lahirnye adik kedunia ni...tu yang pada dia adik ni seolah-olah musuh dia ...hehehe sape kata????Tapi ada juga sifat penyayang yang cube ditunjuk oleh si abang..Ibu n ayah sayang kamu semua ....cume maybe layanan n perhatian lebih 0.01% je lebih pada si kecil memandang kan...adik pun masih kecil lg..harus di beri 100.01% perhatian.Kitorang sebagai ibubapa cuba menerapkan nilai-nilai kasih sayang, cara menghargai seseornag dan byk lagi nilai -nilai murni pada nye...InsyaAllah semoga anak-anakku menjadi insan yang tahu menghargai antara satu sama lain..


"Ni la gambar kerenah si abang yg tgh cube nak beraksi ganas terhadap si comel amsyar dan aku cube untuk meleraikannye..hehehe."



Tip atasi masalah persaingan adik beradik
-------------------------------------------------------
BUKAN sesuatu yang luar biasa apabila anak sulung akan berasa terpinggir apabila anda melahirkan anak kedua. Apatah lagi jika perbezaan usia mereka tidak jauh.Kebanyakan anak sulung akan berasa tidak gembira apabila dia mendapat adik. Dia seperti hilang segala keistimewaan dan berasa tidak disayangi lagi.
Dia selalu cuba mendapatkan perhatian dengan menyakitkan adik. Ia memang menjengkelkan apatah lagi jika dia cuba mendapat perhatian waktu si adik memerlukan tumpuan.
Bagaimanapun, sebagai ibu anda seharusnya jangan cepat marah. Cuba fahami keadaan anak. Paling penting, persiapkan anak sulung sebelum kehadiran orang baru.
Berikutan adalah antara tip menangani masalah persaingan adik beradik:

  • Cuba menjarakkan kelahiran. Ibu akan mengambil masa dua tahun ke atas untuk pulih sepenuhnya selepas melahirkan
  • Tiga atau empat bulan sebelum anak kedua lahir, beritahu anak sulung secara jujur dan terus terang mengenai kelahiran si adik. Waktu itu adalah masa yang terbaik untuk membuat dia faham kerana perut anda juga sudah cukup besar dan dia tentu percaya ada bayi di dalamnya. Beri kesempatan untuknya menyentuh perut anda. Dia akan dapat merasa bagaimana bayi di dalam perut menendang dan bergerak.
  • Jika anda beritahu terlalu awal, waktu perut masih kecil, dia mungkin tidak percaya atau dia mungkin akan terlupa.
  • Beri dia hak untuk membuat keputusan yang kecil. Misalnya, memilih warna cat untuk bilik adik atau memilih perabot yang bakal diletakkan dalam bilik itu. Gunakan pertanyaan mudah seperti di mana abang rasa sesuai untuk kita letak katil adik? Atau, kakak rasa selimut apa yang cantik untuk adik, gambar Barney atau gambar Spiderman?
  • Jika anda perlu menukar rutin anak misalnya memindahkan ke bilik lain, lakukan beberapa bulan sebelum kelahiran bayi supaya dia tidak rasa dipinggirkan.
  • Terangkan kepadanya apa akan terjadi apabila anda bersalin. Beberapa minggu sebelum tarikh bersalin, sediakan dirinya tentang æ…¿ehilangan?anda untuk beberapa hari. Terangkan kepadanya apa dan mengapa.
  • Dia mungkin berasa kecewa tidak bersama anda untuk beberapa hari. Jika boleh, beritahu suami untuk membawanya melawat anda di hospital supaya dia merasakan dia adalah sebahagian yang penting dalam keluarga. Ambil gambarnya bersama bayi baru.
  • Babitkan dia dengan tugas menjaga bayi. Dia mungkin akan mengejutkan anda dengan apa yang mampu dia lakukan. Misalnya, jika menyalin lampin, minta dia ambilkan lampin. Jika sedang memandikan bayi, beri dia kesempatan menyabunkan kaki bayi. Atau minta dia ambilkan bantal untuk adik.
  • Tanya pendapatnya, abang rasa adik patut pakai baju warna biru atau kuning? Kakak nak nyanyikan lagu untuk adik?
  • Bagaimanapun, jika anak sulung tidak mahu membantu, jangan paksa dia. Ada kalanya anak sulung sengaja tidak mahu mengambil tahu mengenai adik kecilnya untuk selama yang dia boleh. Jadi jangan paksa dia. Itu akan hanya membuatkan dia berasa jauh hati.
  •  Memang semula jadi untuk anak berasa cemburu kerana selepas untuk beberapa lama dia menjadi anak yunggal? dia kini terpaksa berkongsi kasih sayang, perhatian, mainan dan sebagainya dengan adik. Jadi jangan memarahinya. Luangkan sedikit masa untuk melakukan sesuatu untuknya misalnya membacakan buku atau bermain dengannya.
  • Tunjukkan gambarnya sewaktu dia masih bayi dan ceritakan kepadanya bagaimana anda menjaga dia ketika masih bayi.
  • Jangan cepat marah kepadanya jika dia mencubit adik atau memeluknya dengan kuat. Beritahunya mengapa dia tidak boleh berbuat demikian. Ketika bersendirian dengannya, galakkan dia bercakap mengenai perasaannya. Biarkan dia meluahkan isi hatinya sama ada dia marah atau cemburu. Beritahunya itu semua perasaan semula jadi dan ia tidak bermaksud dia jahat. Beritahunya perbuatan cuba menyebabkan kesakitan pada adik adalah salah.
  • Jika dia agresif, jangan hukum atau malukan dia. Dia akan membalas dendam terhadap anda dengan mencederakan si adik. Beritahunya secara baik, tindakan itu tidak betul tetapi anda perlu lebih berhati-hati dan jangan tinggalkan dia dengan adiknya bersendirian.
  • Paling penting, ingatkan diri sendiri masa berjalan dengan pantas. Tanpa anda sedar si adik sudah akan bermain-main dengan abang. Apabila mereka tidak lagi bersaing untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang, ikatan kasih sayang sesama mereka akan berkekalan sepanjang hayat.

Friday, May 21, 2010

Pesanan Yang sangat bermakna untuk umat manusia-Dr Fadhilah Kamsah

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

 

 
Berdasarkan Hadith Nabi :

 
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

 
Huraian hadith:

 
  • jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa(walaupun  ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Wednesday, May 19, 2010

My 2nd Little precious



Friday, May 14, 2010

Amsyar 6months Injection getting Fever


As-salam...hai kawan kawan..hari ni aku dtg untuk mengupdate blog aku ni...semalam temujanji utk si kecik Amsyar ke KK Masai..dtg untuk injection immune 6 months.Pagi pagi lagi aku dah mempersiapkan diri ku anak-anak ku...mujur la sebelum sempat mereka bangun dari tdo aku dah langsaikan semua kerja2 rumah..alhamdullilah semuanye sempat dan beres..Temujanji yang diatur 1 sebulan awal dengan Klinik menemui tarikhnye. sepatutnye..tarikh nye ialah pada 15hb May '10 tp memandang kan 15hb tu jatuh pada hari Sabtu. so tarikh pun ditukarla pada 13hb May '10 (khamis)..tepaksa la ibu ambil ANL ibu demi kerana mu sayangku..jam menunjukkan jam 10am..pergerakkan harus di atur takut terlwat pulak...."Kite nak pegi mane ni ibu" itulah yg sering terlekuar dari mulut Azfar Harith. "Ibu nak hantar adik ke klinik" jawapan yg paling ringkas keluar dr mulut aku...sambil stereng kereta ku pandu hampir ke rumah Mak Uteh.."Harith kene duduk umah Tok Teh ya...jp lgi pas ibu dah siap hantar adik,, ibu amik Ayezz ye"...

     Keadaaan di KK masai agak kelamkabut dengan cuaca pagi yang amat panas terik..wlupun ku tahu sinar suria pg yang cukup baik utk kesihatan kite..org ramai berpusu-pusu menunggu gilirran untuk dipanggil..ade yang mengipas-ngipaskan dengan tangannye tanda kepanasan..ape lah KK Masai ni..bagi aircond sikit kat ruang menunggu giliran tu..baru selesa semua org .kesian aku tgk buka kipas pun mcm takda kipas...pada aku ..aku lebih selesa klu diberi peluang untuk buat injection di HSI..ruang menunggu pun selesa..siap dengan aircond lagi....aku harap sgt in future KK Masai akan mengupdate dan mengupgradekan segala kelengkapan disana..InsyaAllah.

Nampaknye lambat lagi la giliran aku..sampai je giliran baru 48+ sedangkan aku punye giliran 532..jam dah pukul 10.30..agak2nye pukul berapa la aku boleh siap n balik ekk klu begini la caranye..uwaaaa..mudahan anakku x meragam...aku terus ke bilik penyusuan...alhamdullilah..suasana bilik aman damai...dpat ler aku rileks kat dlm tu wlupun tanpe aircond hanye kipas..atleast ok dri kat tempat menunggu didepan sana..Adikk seakan tahu..bahawa dia akan dpt ape yg dia nak....tak sabo sabo dia mencari "nenen" nye....wah kelihatan Amsyar begitu dahaga wlupun pg tadi sebelum keluar semangkuk bubur dah pun aku beri ...maybe sebab cuaca yang begitu terik tu yang dia cepat dahaga.Minumlah wahai sayangku Amsyar Harith...hampir 10 minit melepaskan dahaganye..Amsyar kembali aktif  melayan agahan dari seorang abang yang lebih kurang sebaya ngan Abang Longnye....Lompatan bagai springnye membuatkan ibu keletihan sayang.."aduhhh penatnye" keluhan yang terkeluar dr mulut aku....

Keadaan diruang menunggu kembali bersinar dgn cuaca mendung yang dah nak hampir hujan..ALhamdullillah Allah beri rezeki dgn turunnye air Hujan disaat kami semua memerlukan suasana redup kedamaian.tetiba NO 532 terpapar menandakan turn aku pulak.."Bukak baju anak dn timabang ye" spatah dua kata dr Misi yang bertugas...dgn sepantas kilat aku mempersiapkan Amsyar utk ditimbang...bukan ape..takot..dpt hadiah pulak dr Amsyar (takot terkenc**g @ terbe**k lak) tgh2 timbang ...Jejari Jam Timbang menunjukkan berat AMsyar setakat 5 bulan 29 hari (lagi sehari 6 bulan) ialah sebanyak 7 kilogram..alhamdulliah ade peningkatan sayanggg....semoga dengan berat yang kamu perolehi ni..bukan sahaja bertambah berat malahan bertambah lah kesihatan yang baik baik belaka..sementara menunggu Misi berceloteh bertanye kan keadaan kesihatanya pada ku...sempat la aku meninjau2 jam ditangan..alamak dah hampir 12.00 tgh hari...hujan diluar masih belum reda lagi...selesai dibilik Misi..aku pun keluar buat temujanji di kaunter  untuk temujanji yang berikutmnye..dari pengalaman anak yang sulong...last immune setakat ni yela 6 bulan..7,8,9,10,11,bulan tu kalau pegi je just utk check berat dan perkembangan biase dan lepas ni immune utk setahun...so klu agak2 aku malas nak pegi next appoinment..aku buat jer kat swasta.senang jugak la cume perlu keluar ongkosnye sahaja...masa tu takde kekangan la bley buat pagi atau malam..jadi xperlu lah aku amik cuti...heheh..memandang kan ANleave aku pun dah semakin berkurangan ni..ahakssss..

"Pasni..Adik kene cucuk tau.." sambil aku membisikkan di telinganye...adik seakan faham akan bisikan ibu yer,,,muka sedih je ..ubat "Polio" ye..ehh betul ke sebutan aku ni...sorry yer nurse diiluar sana klu salah ejaan aku ni. Ubat ni akan di beri kan kemulut Amsyar sebelum suntikan dibuat..xtahu la untuk ape..maybe utk tahan sakit ke...atau yang sewaktu dengan nye la..adoiii aku plak yg ngeri. ku tabahkan jua hatii...demi kebaikan mu sayangku Amsyar. Peha kaanan Amsyar menjadi mangsa suntikan.."ggrrrrrrrrrrrrr" .Nurse tu pun memulakan tugasnye mencucuk..dengar tangisan sakit Amsyar lebih kurang 2 minit lamanye..."sayang sayang sayangggggggggggg anak ibu jgn nangis ye sayanggggg Amsyar kuat..jgn nangis tau" sambil  aku peluk buahati aku yang tersayang ni...aikk terus senyap...aku mengagah nak buat dia kembali tensenyum...
kat bawah  ni gambo Amsyar Harith after taking 6 month immunes.


Hujan masih belum behenti lagi la sayang..mcm mane ni kita nak balik ni sedangkan payung ibu terlupe nak bawak...bukan kata nak balik g tempat "parkir"..nak amik ubat demam pun tak bley ni...Mujur ader minah sarawak ni yang kebetulan tu lalu kat sebelah aku dan nak amik ubat untuk anaknye..aku pun tanpa segan silu ..meminta bantuan untuk ambikkan sekali ubat Amsyar..Org sarawak memang baik baik belaka.."thanks ye kak..tolong amikkan ubat anak saye". Sementara nak tunggu hujan reda..aku pun mencari idea bagaimana nak redah hujan tanpa payung..maksud nye redah tanpa anak kesayangan ku ni kene hujan...dlm beg hanya ade napkins 2 helai dgn pampers je ni...so aku pun amik napkin tu..buat tutup stroller jgn kasi tempias hujan gerimis kene kat Amsyar..ALhamdullillah berjaya jugak menembusi laluan utk ke Parkir walaupun aku jugak yg basah...sampai kat rumah lebih kurang jam 12.30 tgh hari...aku terus bukak bekalan ubat yg diberi oleh KK Masai..dan bg ke Amsyar tanpe bantuan dr sesiapa .almaklum lah hubby pun belum balik dri kerja..slowly aku sua kan ubat ke dlm mulut Amsyar...ahakkksss muntah la pulak..sambil menangis nangis si Amsyar ni..mujur emak yg berada di luar bilik aku peka dan prihatin dengar sora cucu kesayanganye ni..Tok Mak bantu bg Amsyar minum ubat takot demam mlm mlm nanti..masuk jugakla sikit ubat kedalam mulut Amsyar...Harap mlm tu Amsyar x meragam n x demam...shingga jam 5 ptg aku sentiase monitor suhu badanye...so far tak tinggi tahap demam...Alamak tetiba jam 12.30 mlm..suhu badan Amsyar naik mendadak sehingga aku terasa kehangatan badannye membuatkan aku tesangat lah cuak...ku tampal dikepalanya  "baby cooler fever" yang sentiase ade menjadi stok simpanan kami...biar ibu basah kan sikit kepala adik ye sayang....sepanjang...pesepertidoannye...aku dpt rasakan yang si Amsyar ni dlm keadaan demam yng meyakitkan seluruh badannye..bayangkanla kalau kite dlm keadaan demam mcm ner...alahai anakku demam la..seingat aku ini la kali kedua  sepanjang dia lahir kat dunia ni..demam kali pertama masa injection yang pertama.heheh itu pun kojap jek...harap2 kali ni demam pun kojap je sayang yer....sampai pagi ni suhunye masih tak tuurun...tp pagi td lepas bangun tdo..dia agak aktif jugak wlupun demam...ibu terpaksa kerje sayang,,,sebab semalam ibu dah cuti hantar kamu ke klinik,,,tp klau misal kata Amsyar Demam terruk,,,ibu terpaksa la amikk cuti jugak...sampai la sekarang ni,,,time tgh coret kat blog ni...tiada pun panggilan kecemasan dr baby sitter,,,syukur pada yang Esa,...semoga anakku cepat sembuh..okla..smpai sini dulu coretan aku..kat bawah ni sempat la aku snap gambo2 Amsyar seeblum aku pergi kerja pagi tadi untuk tatapan kerinduan Ibu di tempat keje nanti....heheh...

Wednesday, April 14, 2010

Facebook tak bley access

Salam...hari ni pagi lagi FB site tak bley bukak la..kenape? adekah sebab internet connection slow atau FB punye site problem atau...kenape ek...kawan2 lain uoll bley access tak?

Thursday, April 1, 2010

kaftan batik cantik cantik

Kaftan import dari Terengganu.Material kualiti tinggi, tahan warna tak cepat luntur. Kain tak jarang.





 
Harga
Lenagan Pendek RM38
Lengan Panjang RM43

Sesiapa yang berminat boleh tinggal kan pesanan ke email saya.

Wednesday, March 10, 2010

Hati ku puas


Sejak masa peknen lagi aku sebenarnya dah kumpul info pasal penyusuan ibu sepenuhnya , segala peralatan penyusuan aku beli etc: storage ebm (aku guna SAFETY Plus), pump (so far aku guna Manual pump AVENT (tpi aku dah request kat my hubby utk tkar pada electrik double pumping..bukan ape supaya senang mudah dan selamat), ice replacement and jugak cooler bag,Semua peralatan ni korang bley dpat dari online atau pun memang ada kat pasaran la.tp aku p beli kat Sarakids.com .Kalau kat Jb store dia lokasi kat Taman Daya. Biar berhabisan duit habis janji anak aku dapt yang terbaik..kire ni pelaburan awal la.biar hasilnye memuaskan.dari aku membazir wang ringgit beli susu formula atleast dpt jugak aku jimat kat sini..Kali ni aku  memang excited nak buat sesungguh setelah pengalaman pertama ku kurang berjaya. Bukan kata my first baby takdapat langsung my EBM..tpi sejak dia dalam 2 bulan aku dah start bg dia susu fomula n campur ngn susu badan.(namun pada saat itu aku memang tak bersedia n senang citer tak berapa nak tahu pasal kebaikan susu ibu ni...sebab tu la anak aku 2 bulan lagi dah bg susu campur. Setelah semua information dah di kumpul kini tiba la masa nye untuk di Interpretasikan sume maklumat tersebut..

   Lepas beberape jam  Amsyar Lahir...aku tekad bagi je dia direct BF je , mula mula mcm tak confident sama ade susu tu keluar ke time baby aku hisap ni..takpelah aku bagi je as long as dia tak menangis maknanye ader la air susu tu sampai ke dia. Alhamdullillah after a few hours the great BreastMilk memang keluar rupenye..hati ni gembira tak terkata ..this is for you my dear little prince Amsyar..aku meneruskan perjuangan seorang ibu menyusukan anak...aku still ingat kata kata pakar laktasi : susu ibu adalah makanan terbaik utk bayi...that's the true fact..www.susuibu.com . ALhamdullilah pada hari ketiga susu ku semakin bertambah..to keep more milk production aku harus minum supplement etc : teh daun mulbery & susu soya millilea.Bukan itu sahaja pemakanan aku pun mula bertukar ,aku kene makan semua makanan yang berkhasiat  supaya aku dpat susu yang berkualiti yang ade semua nutrien,semua makanan yang memboleh kan anak aku jd sakit perut aku akan tolak tepi.. so bile anak aku minum susu aku dia akan kenyang dan sihat.Bermula la saat ni aku terus menyimpan stok susu untuk baby ku...jadualnye senang sahaja selepas sahaja anak aku menyusu..tapi klu  nak jadual yang betul2 effective bley lah layari web ni..tapi klu waktu bekerja aku perah susu kul 12,45 tgh hari la ..then bile balik dari kerja aku terus kasi baby minum direct and lepas dia minum macambiase aku perah lagi,,waktu malam sebelum tido .. sekali  aku pump/esoknye diawal subuh dlm kul 6pagi tu sekali lagi aku pump. so far Ok la..tapi klu korang nak jadual yang detail..korang bley la ikut condition korang bloeh layari  sendiri laman web ni ww.susuibu.com a.rutin  memerah susu diteruskan dan dibekukan dlm boleh  freezer.Setiap botol tu aku akan labelkan dengan tarikh dan waktunye sekali supaya senang proses nak gune nanti..mana date yang earliest aku gune dulu la tapi biasanye susu EBM kalau disimpan dlam peti beku negetive darjah celcius dia boleh tahan 3-4 bulan, kalau disimpan dlm peti bawah tahan lebih kurang seminngu dan klu dlm suhu bilik ia akan tahan selama 4 jam je.




          So..sehari aku boleh kumpul stok sebanyak 24oz jgn tak percaya...aku pump sehari 3 kali n sekali pump tu dapat 8oz. ..Memang seronok la...So aku start mengumpul time aku dalam hari lagi..korang klu nak buat mcm aku better start dr awal time dlm hari tu memang susu keluar melimpah ruah..rezeki Allah bagi..since now my stok already up to 50++ botol each botol contain 4oz..semua susu susu akan digunakan sewaktu ketiadaanku disamping anakku samaada kat umah pengasuh atau semasa sesiapa lah yang tolong jaga anak aku..tp time aku ader bersamanye , aku akan bg dia direct feed. Tapi memang banyak cabaran la ..contohnya time kat umah pengasuh tu pada awalnye baby tak mau isap susu guna botol (refuse botol la sebab tak train dari awal) terpaksalah pengasuh tu gune alternatif lain nak kasi anak aku minum..dia cube pancitkan sedikit demi sedikit gune puting tu ke mulut anak aku.siap tukar puting still tak jalan gak .aku kira hampir 2 minggu jugak la nak train anak aku pakai botol (kat sini la  silap  aku time dlm pantang hari tu tak train dia..yang susah pengasuh aku  ...kesian dia..tp Alhamdulllah sekarang ni dah OK. Lagi satu dugaanku dtg..hari pertama aku naik kerja setelah bercuti selam 2bulan, aku pun minta izin dengan Manager HR untuk tumpang simpan perahan susu dalam peti ais company, namun permintaan ku ditolak dengan alasan "merbahaya" takot org lain terminum atau letak ape ape la kat susu aku ni...hai klu mcm tu segala mcm foods la takbley simpan dlm peti ais tu termasuk la susu pekat manis tu...kang klu simpan kat situ sama gak takot ader org yg meracuni..apelah teruk sgt laaa..aku rase reason aku tak bley terima..tapi apekan daya sapelah aku ....then aku terpaksa mencari alternatif lain...sama ader aku bwk cooler bag atau selepas perah kat opis aku terus buang..(masyaAllah sygnye kannnn)



Balik pada stok susu aku tadi so sehari aku akan bagi pengasuh tu 3 botol each contain 4oz..kekadang habis sume ketiga-tiga btl kekadang balance tinggal satu..time tu umur dia 2 bulan .average dia minum susu waktu siang lebih kurang 9oz, tapi la ni dia dah nak masuk 4 bulan so aku kene sediakan 4 kekadang je tinggal satu botol habis selainye dia minum average waktu siang dlam 17oz. Proses topup susu yang dah habis tu  akan dilakukan secara terus menerus supaya tak kehabisan stok. Alhamdullilah berat badan yang baru lahir dulu hanya lah 2.63 tp sekarang dah menjangkau 5.kg Alhamdullilah.

my collection stock EBM





Related Posts with Thumbnails