Friday, July 23, 2010

si bulat yang semakin ligat

Hari ni x tahu nak update ape...belek belek hset nampakla gambar si bujang bulat my dear Amsyar..nampaknye Amsyar semakin membesar dan semakin ligat, aktif. Anak kami yng ini sangat aktif mungkin hasil dr nama nye yang bermaksud "cergas"..hari hari kami dok panggil Amsyar Amsyar Amsyar..sehingga la seswai dengan keaktifanye. Pantang letak bwh sekijap je dah nak panjat panjat, pantang nampak barang2 kecik dimasukkan kedalam mulut...Nasib baik letak dlm walker.tapi biasenye dia ni tak suka sgt nak dok dlm walker ni lama lama. kejap je dah melalak  minta di dukung.Kesian..alahai ibu tgh sibuk ni terpaksa tinggalkan keje sekejap melayani karenahnya.

:: gambar yang ni Amsyar yang cube
nak masukkan sesuatu kedalam
mulutnye cube disergah oleh ayah sementara
ibu pun mensnapkan gambarnye ::

:: gamba yang ni memang ibu saje buat
kan mata Amsyar jd mcm ni ,
suke tgk mata yg sepet tu ::





Wednesday, July 21, 2010

Siakap Stim

Sabtu yang lepas ,cousin i dtg melawat my hubby. Siap bwk ikan siakap 2 ekor.Katanye suruh i masakkan Hubby sempena hari hari sakitnya. Lama gak i pikir nak masak ape dgn ikan siakap tu...surf punye surf internet terjumpe resipi siakap stim..so balik dr kerjaterus beli bahan bahan nak masak siakap stim tu...hehe inilah hasil air tangan ku utk sang suami tercinta...sedap cume termanis la.terlebih asam boii...(terlebih sudah)).next round masak sure lagi perfect huhu...

:: siakap stim for my beloved hubby :: ahaksss


Monday, July 19, 2010

Resipi Nasi Goreng Jagung

Malam tu tok mak masak nasi goreng, tapi nasinya terlalu pedas (tok mak guna cili padi) . Azfar tak boleh makan sebab Azfar tak tahan pedas, kesian Azfar..ibu gorengkan nasi goreng jagung special untuk Azfar.So maka menu dinner Azfar malam tu ialah Nasi goreng jagung bersama air Yougurt.Selera namak dan banyak jugak Azfar makan yer..
                           :: Nasi Goreng Jagung ::
                           ~~~~~~~~~~~~~~~~


resipinye:
-----------
Bahan Bahan:
1.Bawang putih 3 biji
2. Bawang esar  1/2 biji
3. Ikan bilis kisar
4. Jagung fresh
5. Ayam dipotong dadu
6.Garam secukup rasa
7. Butter untuk menumis
8. Nasi putih

Cara-caranye:
----------------
1. Tumis   bawang putih bersama bawang dan ikan bilis mengguna sedikit butter sehingga naik aromanya
2. masukkan ayam yang telah dipotong dadu .kacau sehingga ayam masak
3. Masukkan garam secukup rase.
4. Masukkan nasi putih dan juga jagung fresh
5. Goreng sehingga masak.
6. Siap dihidang


Sealamat Mencuba~~~~~~

Wednesday, July 14, 2010

:: Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa ::

Salam kawan-kawan blog.. dah lama gak yerk blog ni tak diupdate. Lepas satu dugaan dtg .Datang lagi satu Dugaan terhadap kami sekeluarga. Ujian Tuhan tiada sape dpt menjangka apetah lagi menolaknye.Malah kami terima dengan Redha. Siapa sangka suami yang sebelum ini kelihatan sihat bertenaga tiba tiba jatuh sakit. Diri ini terasa seperti patah kaki sebelah atau tak menang tangan. Begini kisahnya...pada 7 hb tetiba dpt panggilan dari suami tercinta mengadu dirinya sakit perut yang teramat. Ini merupakan kali kedua dia mnghadap sakitt perut yang sama pada october 2009. Ketika diri ini sedang mengandungkan anak kedua kami.Pada Ketika itu kami pergi ke Klinik Penawar.Doktor menjangka sakit perut itu berkaitan dengan batu karang.Dia bagi injection dengan segala mcm ubat ubatan..namun alhamdullilah sakit tersebut beransur pulih.Kami pun menyangka memang benar ada batu karang. Tetapi kali ini sakit yang perut yang didhapinye memang benar2 mencabar segala galanye...sakit perut memulas yang teramat sgt sehingga kan aku sendiri dpt merasakn kesakitan yang dihadapinye. Apabila  kami refer di Klinik tersebut, doktor masih lagi megatakan bahawa itu tanda batu karang..dan dia hanya menyuruh kami refer kembali ke kliniknya apabile tiada perubahan yang berlaku..sepanjang perjalanan kmi pulang kerumah..kelihatan terserlah kepucatan wajah sang suami ku...badan lemah longlai..namun perut masih memulas kesakitan. Segala makan tidak dpt lagi diterima perut...secawan air yang minum dibalas dengan secawan muntah.Menurut kata suami...tekaknye yang rasa memualkan tidak dpt menerima sebarang makanan.ubat demi ubat penahan sakit ditelan namun tiada kesan langsung. Hajat dihati kami ingin refer balik klinik tersebut mlg sungguh klinik tersebut sudah tutup.Terpaksa lah hubby menunggu sehingga keesokkan paginye.Tdornya tak lena..perut masih lagi memulas mulas..aku yang risau kerana tiada satu pun makanan yang masuk kedalam perutnye memaksa dia utk makan sekali lagi ternyata.perutnye tidak boleh lagi menerima sebarang makanan kecuali air suam.itu pun sikit saje.

Pagi tu sebelum kami ke klinik sekali lagi aku menyurh nye utk makan roti utk alas perut sebelum makan ubat tahan sakit..Muntah lagi..kami pun terus ke klinik dan kami diarah utk refer ke Hospital.Tiba di hospital hubby diarahkan utk menjalani ujian air kencing dan ujian sample darah. Hampir 2jam kami di unit kecemasan menunggu keputusan makmal.Ternyata ujian tersebut positif. Ujian air kencing mendapati terdapat sedikit darah dah ujian darah pula mendapat terdapat jangkitan kuman.Keputusan menunjukkan appendik suami ku telah pecah dah terkena jangkitan kuman.Dia harus menjalani pembedahan bagi mengatasi sakitnya. Maka pada 8hb July suami telah ditahan di wad dan dinasihatkan berpuasa atas sebab pembedahan.bermakna dia dah tak boleh makan dan minum tapi air glukos telah dimasukan melalui tangan nya bagi menggantikan tenaga yang hilang. Aku bingung memikirkan anak anak memandang kan pengasuh yang dari awal telah meminta cuti pada 9hb.Cuti tahunan terpaksa di ambil .kat mana aku nak letak anak aku..Mujurlah ader yng sudi membantu.anak ku telah dijaga oleh makuteh aku sendiri..jasamu tetap dikenang wahai makcik ku..bermakna selagi pembedahn belum selesai aku harus menemani suamiku dihospital.Pergi pagi manakala petang aku pulang dari hospital terus menguruskan anak anak.

Pembedahan dijadualkan pada 9hb July(malam). Pada hari tersebut pagi lagi aku telah menghantar kedua dua anakku ke rumah makuteh dan terpaksa ke sekolah untuk memberitahu pihak pentadbir sekolah atas ketidakhadiran suami ke tempat kerja.Segala masalah telah pun diceritakan kepada penolong kanan sekolah.Selesai segala urusan aku pun teruskan menuju kehospital. Sampai shaja.kelihatan wajah sayu suami ku yang aku pikir sedang menghitung detik untuk dibedah..Bila bila masa sahaja namanya akan di panggil sekiranya terdapat kekosongan didewan bedah. ternyata benar siap shaja suami ku mandi..staff dr dewan bedah menghantar sepasang operation suite utk ditukar. maka suami pun diusung ke dewan bedah menaiki katil roda oleh staff di dewan bedah. AKu yang tidak ketinggalan mengekori suami ku sehingga ke garisan merah dewan bedah. tepat jam 11.00 suami ku masuk ke dewan bedah dan jam 2.30 dia telah  selamat keluar dari dewan bedah .Aku yang dri tadi tak putus memanjatkan doa sepanjang menanti suami menarik nafas lega bersyukur ke atas Allah SWT setelah kelibat sang suami muncul di pintu dewan selamat menjalani pembedahan appendiknya. Namun Suamiku masih belum sedar lagi keaadaannye masih lemah terus dihantar semula ke wad..

Husband perlu berehat di wad selama mana selepas semuanye Ok.if dah boleh minum x muntah lagi, if dah boleh makan x muntah lagi, dah buang air kecik, air besar, k**t*t...baru boleh discharge dr hospital.Alhamdullillah semuanye mengambil masa  selama 4hari atfter operation...utk pulang ke rumah.Namun pergerakkan nye tetap terbatas. Atas nasihat doktor dia hanya boleh melakukan kerja kerja ringan sahaja hanya selama sebulan dan cuti sakit diberikan selama 14 hari. manakala hari yang kesepuluh dr tarikh pembedahan suami harus pergi ke klinik utk membuka jahitan yang sepanjang 5cm tu..(auwwww ngerinye). Kepulangan suami juga telah disambut oleh kedua ibu & ayah mertua ku yang dtg dr Segamat taklupa juga disambut oleh anak kami yang sulung..(5 hari tak jumpe ayahnye..kesian). Terima kasih pada rakan dan sedara mara yang turut hadir menziarahi suami di hospital terutama buat .En.Alamshah( rakan karib husband) ayah & ibu mertua, En Bukhari (rakan sekolej suami yang dtg dr Kluang, En Is (Dr bahagian Diet mkananan HSI yang juga merupakan rakan sekolah husband), Pn Masliah & En Hazriq, mak uda dan Hakim, ayahku dan En Fairuz (adik ipar aku).Terima kasih juga kepada staff HSI terutama doktor-doktor yang telah merawat husband sepanjang di HSI.

                           ~:: Doa ku semoga suami tercinta cepat cepat sembuh seperti sedia kala::~
::sebelum di operasi::

:: saat saat mendebarkan
dgn operation suite ::

Tuesday, July 6, 2010

Azfar @ Hospital

4th Jun merupakan tarikh  hari pembedahan untuk anak kami yang sulung. Jam 12pm -5am Azfar perlu bepuasa atas sebab syarat2 pembedaha.and last dia minum susu ialah pada jam 5pagi..tp  memang pun time-time pagi mcm ni kami x pernah pun bagi makanan padanye.jadi tiada masalah baginye utk berpuasa.Pukul 6.30pagi kami dah kejutkan Azfar supaya bagun n mandi cepat2..takot takot terlewat pula memandang kan temujanji kami ialah pada jam 7.30 pagi..mujurla dia dengar kata ibu dia..Kesesakan lalulintas pasirgudang-johor bahru menggusarkan hati kami namun kegusaran itu lenyap apabila staf Puteri telah menghubungi kami bagi menkonfimkan kedatangan kami.Lantas situasi lalulintas dengan keaadan ttraffic jam yang kami alami di beritakan kepada staff tersebut dan temujanji yang diatur terpaksa di lwatkan setengah jam kemudian nya.
Setibanya kami di puteri kami terus menuju ke wad kecemasan dan kami dihantar ke tingkat 4 wad kanak-kanak..Azfar diberi ubat minum bg mengrilekskan keaktifannye..sebelum dibawa ke dewan bedah.setelah 1/2 jam kami di bawa ke dewan pembedahan.Sebak jugak tgk my son ni...tpi demi utk kebaikannya..kami gahkan jugak.aku ni jenis penakut belum sampai dewn bdah lagi perut dah kecut bukan pun aku yg nak kene bedah tetapi anak kami..Justeru aku mengambil keputusan utk tidak masuk ke dewan pembedahan dan tuagasan ini diajukan kepada suami tercinta utk menemani Azfar yang sememang mesra bersama ayahnda nye.Suami la yang melayani karenah si Azfar tatkala 1/2 jam sehingga Azfar tetrido sebelum pembedahan dilakukan.Aku yang berada di luar hanya mengankat tangan meminta doa supaya anak kami selamat dalam pembedahan. Menurut kata suami Azfar yang meronta ronta sebelum pembedahan terus diberi oksigen sebelum diberi suntikan bius oleh Pakar bius.Setelah operasi bermula suami di arahkan keluar dr dewan pembedahan dan duduk la kami berdua di luar pekarangn dewan pembedahan bersama sama lagi ahli keluarga pesakit yang lain. Satu demi satu nama waris pesakit yag telah selesai dioperasi di panggil  oleh doktor..kami hanya menunggu dengan debaran sambil memanjatkan doa kepada yang Esa.Setelah hampir 1/2 jam kami menunggu...kedengaran suara Dr Lai Fui Boon dr unit Paedeteric nd Surgeory kanak yang telah melalku kan operasi terhadap anak kami memanggil nama kami .." anak puan telas selesai dibedah .lubang yang dihadapinya berdiameter sebesar ibu jari dan kita telah menutup lubang tersebut dan 1/2 jam dr sekarang dia akan keluar dr dewan ni" Hampir nak menitis air mata  syukur kepada Tuhan anak kami selamat..Kami yang taksbar sabar menanti dengan hati yang tenang..tetiba klibat  Azfar yang didokong oleh misi sampai di pintu dewan bedah..keaadaannye masih amat lemah kemungkinan kesan dr ubat bius dan ubat tido tu masih ade..dia seperti mamai mamai lagi merengek meminta balutan ditangannya dibuka. Mujur misi misi yang cekap td pandai berdrama utk mengalih arah niat si Azfar td. Kami dan azfar di bawk ke wad semula. Pesanan oleh misi supaya memberi Azfar minum air putih bile dia bgun dr tdo dan tunggu 10 min klu tak muntah baru sambung bg susu dan tunggu setengah jam kalau tak muntah baru sambung bg makan nasi..Ini semua atas arahan doktor bg melihat perkembangan usus nya selepas pembedahan tadi. Kami pegang pesanan itu..sehingga la Azfar betul2 sedar dr tdo.Kmi berada di wad lebih kurang 3jam bagi menungu last wad review oleh doctor sebelum pulang kerumah.
                            ******************************************************


::Maaf ye gambar xsempit diedit...saja suka suka snap snap di hospital::
*****************************************************

Related Posts with Thumbnails