Friday, June 18, 2010

~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 1)


::Pemandang dari pintu masuk Wet world::

Salam kawan-kawan..kali ni xtvt ujung minggu kami memang panjang sikit memandangkan permohonan cuti tahunan yang diambil telah diluluskan oleh ketua jabatan bersempena dengan cuti sekolah 2 minggu.Kami telah merancang utk pergi ke majlis kenduri kahwin member di Sri Merlong Rengit BP  seterusnya pulang ke kampung Segamat, lantaran kami mencari alternatif untuk singgah ke Wetworld Batu Pahat. Berdasarkan analisa kajian yang dibuat oleh kami terhadap anak sulung kami yang cukup suka klu dibawa ketempat mandi manda justeru kami membuat keputusan membawanya kesini.Alangkah seronoknya dia dpt ke sini..kami un tumpang gembira.Siap segala kelengkapan mandi boya telah kami belikan utknya kecuali swimming suit (tak sempat nak beli).Perjalanan kami kesini mengambil masa 2jam dari Johorbahru. 2jam disebabkan kami sesat mencari lokasi wetworld yang akhirnya sampai juga di destinasi

::Azfar dengan aksi aksi tak sabo sabo nak mandi kolam::

::gembira sgt dapat mandi kolam::

Si bujang Azfar ni ajak ayah n ibu mandi sekali. tapi ibu tak dpat mandi sama sama sebab Adik tak tdo lagi..lagipun adik belum menyusu..kami memang merancang nak mandi sama sama satu family. tapi biarlah ayah temankan Azfar mandi dulu sementara ibu menyusukan adik..


::ibu with Amsyar rehat dulu sebelum mandi::

Keriangan Azfar disambut baik ,ragam dan keletahnya di turuti oleh ayah tersayang.Walaupun penat driving lebih kurang 2 jam setengah tadi masih belum hilang, namun ayah tetap kuat kan semangat untuk melayani rentak anak bujang nya ni. Ayah turun padang memeriahkan acara mandi manda kami.

~aksi aksi mesra ayah bersama si bujangnye ~

Perasaan yang tak sabo sabo dan membuak buak setelah melihat 2 beranak tu beraksi di dalam kolam..kali ni ibu dtg bersama Azfar ayah dan adik.Adik lak buat pertama kalinya merendamkan kakinye di dalam pool..selalunye rendam jugak tapi rendam dlm besen mandi pool di rumah saje.Bukan main suka lagi dia.Dalam air pun masih nak melompat-lompat macam spring.Kami mandi satu family dengan gembiranye...


::aksi aksi K.A.M.I::


Hai Kawan-kawan.....lepas kitorang dah berhempas pulas penat melayan anak anak...hampir 1jam si adik berendam dlm kolam..en Hubby pun bg signal suruh I naikkan adik dulu..takut adik beku dek kesejukkan air kolam..so kami pun bawa adik naik dulu tukar pakaian sementara en hubby dan si abang sambung pejuangan memandikan diri dalam kolam semula..ahaksssss tak puas le tu mandi :)..tepat jam 6 petang kedengaran sound speaker signal suruh pengunjung get ready meninggalkan kawasan pool pada jam 6.30 ptg sebab operasi mandi mandian akan tamat jam 7ptg...kelihatan wajah wajah kesayangan hamba yang sgt letih lepas dr mandi tu..memang sure mlm tu tdo tak sedar sedar....


ok kite sambung
~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 2-bermalam di Homestay)













Friday, June 11, 2010

~@@hari ni last korje esok lusa tulat cuti cuti

tak sabar nye nak tunggu sabtu ahad isnin selasa dan rabu..plan kami sememangnya tak teratur. Yang pastinya esok 12 Jun 2010 kami akan bertolak ke Rengit Batu Pahat atas undang perkahwinan member xhousemate a.k.a xkolej. "Selamat Pengantin Baru buat Pn Mawarnina Bt Yusof" tunggu kehadiran kami berempat.Kononya nak stay kat homestay sekiar BP...malang nasib kami semua homestay is fullybooked..ouchhhhhh..tengokla ape xtvt selanjutnye esok...okeylah kawan kawan tunggu saya di blog akan dtg.Bye...

Thursday, June 10, 2010

~@Harriss Bookstore~


First time ke Hariss Bookstore ..memang kami x pernah ke masuk kedai buku ni sepanjang Jusco Tebrau dibuka ini lah first time kami itu pun sebab En Hubby nak cari bahan rujukan mengajar disana.Terpegun seketika melihat keaadan sekililing ruang didalam kedai ni ,Harriss memang segah namanye namun masih lagi tak dpt menandingi ada satu kedai buku di Suria KLCC tu ape namanya ermm "Kinokuniya" yang glamor dan ruang kawasan yang luas...lengkap segala macam buku disana..hehe tp kedai buku Hariss ni masih lagi dpat memenuhi kehedak En Hubby sebab ape yang dia nak cari semuanya ada disini.(opss ni bukan promosi ye).Suhu kesejukkan di dalam kedai ni memang cukup membuatkan Si kecil kami nyenyak tido lena didalam strollernya..dan si abang Azfar yang telah pun memakai sweater turut mengadu kesejukkannya.Mata meninjau accesories yang terdapat didalam Harris, maka terpukau satu Flusk(dah tak ingat brand ape yang bersaiz kecil rupa yang menawan memikat hati sesiapa yang melihat..Namun harganya agak memeranjatkan Opss harga yang hampir mencecah RM200++lantas hati berkata ape kah bahan yang diperbuat daripada.....bermacam-macam lagi la barangan lain selain dari buku bukuan yang terdapat di Harris Bookstore.Jika anda berminat kesini singgah la di Harris Bookstore Jusco Tebrau City, Johor Bahru.

Related Posts with Thumbnails