Friday, June 25, 2010

Alahai Anakku..Surgeory on 2nd July 2010

~~~'~Salam Kawan-kawan ..Keputusan menunjukkan anakku memang mengidap Hernia Right Side..Kini kami redha atas kententuan Illahi, dan segala fakta yg diberitahu oleh doktor sejak ( 1st operation 2009)bahawa 80% hernia right side will be come out anytime.Now kami get ready on it. Azfar Harith putera sulung kami akan menjalani Pembedahan Hernia Right side pada 2 July 2010 di Puteri Speacialist Hospital, Johor..Doa ku agar segala proses pembedahan dipermudahkan oleh Nya.-amin..kawan-kawan pun jangan lupe doakan sekali untuk anak saye ye....Sekian catatanku untuk informasi anda...~~`~~

~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 3 )

~Selamat Pengantin Baru semoga kekal abadi bahgia ke anak cucu~

Perjalanan kami diteruskan dr Parit Jalil , ke rumah raja sehari di Seri merlong , Rengit batu Pahat Johor yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.Kami telah merancang utk pergi bersama sama seorang lagi rakan lama yang perjalannya datang dr arah Johor Bahru. Kami telah berkumpul di kawasan daerah Taman Tasik Punggur Senggarang, Ternyata kerinduan kami  yang telah hampir setahun tak berjumpe terhadap member yang di gelar "dot" telah memecah kesunyian dengan gelak2 ketawa kami. Rombongan 2 kereta kami sampai di perkarangan rumah pengantin lebih kurang jam 1.30 petang...

Keadaan suasana rumah pengantin yang riuh rendah dengan kedatangan para tetamu di tambah lagi dengan cuaca cerah panas terik membuatkan kami tak sabo-sabo mahu ke khemah menumpang redup. Kedatangan kami 2 keluarga disambut oleh kakak pengantin "Kak Melati" yang lebih senang dengan panggilan "Kak Ngah"..Kami dijamu nasi minyak sebelum acara kemuncak "bersanding" bermula...Tepat jam 2 kedengaran paluan kompang menandakan acara bermula dan ketibaan pengantin lelaki dtg bertandang...sememang nye penduduk kg Sri Merlong ini penuh dengan adat adat- Pengantin dirai dengan persembahan pencak silat, tarian Kuda Kepang dr kumpulan penduduk batu pahat dan juga alunan kompang yang terus menerus sekali gus memeriahkan lagi majlis Raja sehari "Mawar & Shamsul".


::1&2. Ketibaan pengantin lelaki disambut oleh pengantin prempuan::
::3 & 4.Pencak silat & tarian meraikan kedatangan kedua mempelai::


:: suasana di pelamin ketika upacara bersanding::
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`~
PANAS KERING SIAPAKAN TAHU
HUJAN RINTIK DI DAUN PANDAN
BERJALAN SEIRING BERSENTUH BAHI
SAMA CANTIK SAMA PADAN
~~~`~~~~~~~~~~~~~~~~~~


::gamba utama (I yang telah di jemput utk menepungtawar ::
:: kami juga tidak mahu melepaskan peluang berposing di depan lensa
kamera berlatar belakangkan raja sehari ::
::Pengantin perempuan merupakan bekas pengapit saya semasa majlis perkahwinan kami tahun June 2007::

Kami telah beredar dari rumah pengantin sebelum acara selesai kerana kami harus meneruskan destinasi seterusnye iaitu ke segamat..Kampung Hubby..
Okla ssampai disini dulu catatan ku utk informasi kali ini..
Bye..Wassalam



Tuesday, June 22, 2010

~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 2 )

Hai Kawan-kawan..ni sambung dr part 1 tau...lepas kitorang dah berhempas pulas penat melayan anak anak...di Wetworld batu pahat...kami pun meneruskan destinasi berikutnye...sebenarnya nak cari tudung color purple sebab nak match kan ngn baju kurung yg dibawa untuk attend wedding member keesokkan harinya..tp bile tgk2 bandar batupahat jam 7.30 mlm dah tutup segala..sunyi jer...ape yg kami nampak yelah Summit Mall..iaitu shopping complex yang terkemuka daerah DUN Batu Pahat...hehehe..betul ke aku ckp ni???...singgah la kejap..masuk masuk tgk pun sma takder langsung kedai kedai Melayu yg jual baju atau tudung yg mcm kat Plaza Angsana JB tu...meriah kan...luckly ade sebuah butik , i thought ownernye mesti Chinese "butik Layang-Layang" butik ni jual baju-blouse, baju kurung and ade sikit la tudung...tu pun x byk sgt choise..Alhamdullilah ade lak tudung color purple yang match ngn baju kurung td...terus capai try n bayar settle...takyah nak rushing2 cari kedai lain..sempat lak kami tgk Magic show Malaysia Batu Pahat yang diadakan disana...tp kami tak tgk sampai show tu habis la..sebab byk lagi destinasi ni...singgah jap ke The Stor pi beli jajaan nak makan dlm kete heehe...sempat lagi tu...


Keaadaan kat luar ni dah gelap ...memang ler sebab dah hampir 8.30 mlm...kami meneruskan perjalanan ke destinasi ke Parit Jalil,Homestay Puan Masenah...Homestay ni memang kami dah book awal ler..memang tujuan utk bermalam disini supaya esok senang utk ke seri merlong batu pahat wedding member tu..Kire perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 45 min (+- traffic light semua la)utk sampai ke homestay ni..Kami sampai di sana dalam pukul 9.15mlm...Ketibaan kami disambut baik oleh Tuan rumah hometsay. Untuk pengetahuan semua Pn Masenah yang merupakan bekas pesara guru telah menyediakan khidmat homestay bagi mereka yang tiada tempat penginapan sekiranya berkunjung ke kawasan berdekatan Parit Jalil dan area-area berdekatan.Kami telah memilih pakej sebilik satu malam lengkap dengan set Breakfast. Keaadan bilik yang amat luas, selesa beserta dengan kesejukan aircond membuatkan kami 4 beranak tdo dgn nyenyak sekali. Pada keesokan pagi harinya (Ahad 13/Jun/10) kami telah disediakan dengan pelbagai juadah sarapan pagi beserta desert "Durian" hehe..Setelah beramah mesra dengan tuan rumah,Kami bersiap sedia menyiapkan diri utk keluar dari homestay Pn Masenah atas Tujuan utama kami ke Batu Pahat Undangan Kawin "Mawarnina" di Rengit .Ternyata layanan yang diberikan oleh Tuan Rumah yang sememnagnye mesra pelanggan amat memuaskan hati kami sekeluarga.Terima Kasih "PN.MASENAH HOMESTAY".


::sempat kami berposing didepan lensa kamera bersama-sama owner ::
::rumah dihadapan pintu masuk utama::
~~Homestay milik~~


~~~Ok nanti sambung (part 3) yer,,destinasi ke Rumah Pengantin Sri Merlong Rengit~~~

Related Posts with Thumbnails