Tuesday, July 6, 2010

Azfar @ Hospital

4th Jun merupakan tarikh  hari pembedahan untuk anak kami yang sulung. Jam 12pm -5am Azfar perlu bepuasa atas sebab syarat2 pembedaha.and last dia minum susu ialah pada jam 5pagi..tp  memang pun time-time pagi mcm ni kami x pernah pun bagi makanan padanye.jadi tiada masalah baginye utk berpuasa.Pukul 6.30pagi kami dah kejutkan Azfar supaya bagun n mandi cepat2..takot takot terlewat pula memandang kan temujanji kami ialah pada jam 7.30 pagi..mujurla dia dengar kata ibu dia..Kesesakan lalulintas pasirgudang-johor bahru menggusarkan hati kami namun kegusaran itu lenyap apabila staf Puteri telah menghubungi kami bagi menkonfimkan kedatangan kami.Lantas situasi lalulintas dengan keaadan ttraffic jam yang kami alami di beritakan kepada staff tersebut dan temujanji yang diatur terpaksa di lwatkan setengah jam kemudian nya.
Setibanya kami di puteri kami terus menuju ke wad kecemasan dan kami dihantar ke tingkat 4 wad kanak-kanak..Azfar diberi ubat minum bg mengrilekskan keaktifannye..sebelum dibawa ke dewan bedah.setelah 1/2 jam kami di bawa ke dewan pembedahan.Sebak jugak tgk my son ni...tpi demi utk kebaikannya..kami gahkan jugak.aku ni jenis penakut belum sampai dewn bdah lagi perut dah kecut bukan pun aku yg nak kene bedah tetapi anak kami..Justeru aku mengambil keputusan utk tidak masuk ke dewan pembedahan dan tuagasan ini diajukan kepada suami tercinta utk menemani Azfar yang sememang mesra bersama ayahnda nye.Suami la yang melayani karenah si Azfar tatkala 1/2 jam sehingga Azfar tetrido sebelum pembedahan dilakukan.Aku yang berada di luar hanya mengankat tangan meminta doa supaya anak kami selamat dalam pembedahan. Menurut kata suami Azfar yang meronta ronta sebelum pembedahan terus diberi oksigen sebelum diberi suntikan bius oleh Pakar bius.Setelah operasi bermula suami di arahkan keluar dr dewan pembedahan dan duduk la kami berdua di luar pekarangn dewan pembedahan bersama sama lagi ahli keluarga pesakit yang lain. Satu demi satu nama waris pesakit yag telah selesai dioperasi di panggil  oleh doktor..kami hanya menunggu dengan debaran sambil memanjatkan doa kepada yang Esa.Setelah hampir 1/2 jam kami menunggu...kedengaran suara Dr Lai Fui Boon dr unit Paedeteric nd Surgeory kanak yang telah melalku kan operasi terhadap anak kami memanggil nama kami .." anak puan telas selesai dibedah .lubang yang dihadapinya berdiameter sebesar ibu jari dan kita telah menutup lubang tersebut dan 1/2 jam dr sekarang dia akan keluar dr dewan ni" Hampir nak menitis air mata  syukur kepada Tuhan anak kami selamat..Kami yang taksbar sabar menanti dengan hati yang tenang..tetiba klibat  Azfar yang didokong oleh misi sampai di pintu dewan bedah..keaadaannye masih amat lemah kemungkinan kesan dr ubat bius dan ubat tido tu masih ade..dia seperti mamai mamai lagi merengek meminta balutan ditangannya dibuka. Mujur misi misi yang cekap td pandai berdrama utk mengalih arah niat si Azfar td. Kami dan azfar di bawk ke wad semula. Pesanan oleh misi supaya memberi Azfar minum air putih bile dia bgun dr tdo dan tunggu 10 min klu tak muntah baru sambung bg susu dan tunggu setengah jam kalau tak muntah baru sambung bg makan nasi..Ini semua atas arahan doktor bg melihat perkembangan usus nya selepas pembedahan tadi. Kami pegang pesanan itu..sehingga la Azfar betul2 sedar dr tdo.Kmi berada di wad lebih kurang 3jam bagi menungu last wad review oleh doctor sebelum pulang kerumah.
                            ******************************************************


::Maaf ye gambar xsempit diedit...saja suka suka snap snap di hospital::
*****************************************************

Friday, June 25, 2010

Alahai Anakku..Surgeory on 2nd July 2010

~~~'~Salam Kawan-kawan ..Keputusan menunjukkan anakku memang mengidap Hernia Right Side..Kini kami redha atas kententuan Illahi, dan segala fakta yg diberitahu oleh doktor sejak ( 1st operation 2009)bahawa 80% hernia right side will be come out anytime.Now kami get ready on it. Azfar Harith putera sulung kami akan menjalani Pembedahan Hernia Right side pada 2 July 2010 di Puteri Speacialist Hospital, Johor..Doa ku agar segala proses pembedahan dipermudahkan oleh Nya.-amin..kawan-kawan pun jangan lupe doakan sekali untuk anak saye ye....Sekian catatanku untuk informasi anda...~~`~~

~XTVT cuti cuti hujung minggu~(part 3 )

~Selamat Pengantin Baru semoga kekal abadi bahgia ke anak cucu~

Perjalanan kami diteruskan dr Parit Jalil , ke rumah raja sehari di Seri merlong , Rengit batu Pahat Johor yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.Kami telah merancang utk pergi bersama sama seorang lagi rakan lama yang perjalannya datang dr arah Johor Bahru. Kami telah berkumpul di kawasan daerah Taman Tasik Punggur Senggarang, Ternyata kerinduan kami  yang telah hampir setahun tak berjumpe terhadap member yang di gelar "dot" telah memecah kesunyian dengan gelak2 ketawa kami. Rombongan 2 kereta kami sampai di perkarangan rumah pengantin lebih kurang jam 1.30 petang...

Keadaan suasana rumah pengantin yang riuh rendah dengan kedatangan para tetamu di tambah lagi dengan cuaca cerah panas terik membuatkan kami tak sabo-sabo mahu ke khemah menumpang redup. Kedatangan kami 2 keluarga disambut oleh kakak pengantin "Kak Melati" yang lebih senang dengan panggilan "Kak Ngah"..Kami dijamu nasi minyak sebelum acara kemuncak "bersanding" bermula...Tepat jam 2 kedengaran paluan kompang menandakan acara bermula dan ketibaan pengantin lelaki dtg bertandang...sememang nye penduduk kg Sri Merlong ini penuh dengan adat adat- Pengantin dirai dengan persembahan pencak silat, tarian Kuda Kepang dr kumpulan penduduk batu pahat dan juga alunan kompang yang terus menerus sekali gus memeriahkan lagi majlis Raja sehari "Mawar & Shamsul".


::1&2. Ketibaan pengantin lelaki disambut oleh pengantin prempuan::
::3 & 4.Pencak silat & tarian meraikan kedatangan kedua mempelai::


:: suasana di pelamin ketika upacara bersanding::
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`~
PANAS KERING SIAPAKAN TAHU
HUJAN RINTIK DI DAUN PANDAN
BERJALAN SEIRING BERSENTUH BAHI
SAMA CANTIK SAMA PADAN
~~~`~~~~~~~~~~~~~~~~~~


::gamba utama (I yang telah di jemput utk menepungtawar ::
:: kami juga tidak mahu melepaskan peluang berposing di depan lensa
kamera berlatar belakangkan raja sehari ::
::Pengantin perempuan merupakan bekas pengapit saya semasa majlis perkahwinan kami tahun June 2007::

Kami telah beredar dari rumah pengantin sebelum acara selesai kerana kami harus meneruskan destinasi seterusnye iaitu ke segamat..Kampung Hubby..
Okla ssampai disini dulu catatan ku utk informasi kali ini..
Bye..Wassalam



Related Posts with Thumbnails