Hari ni x tahu nak update ape...belek belek hset nampakla gambar si bujang bulat my dear Amsyar..nampaknye Amsyar semakin membesar dan semakin ligat, aktif. Anak kami yng ini sangat aktif mungkin hasil dr nama nye yang bermaksud "cergas"..hari hari kami dok panggil Amsyar Amsyar Amsyar..sehingga la seswai dengan keaktifanye. Pantang letak bwh sekijap je dah nak panjat panjat, pantang nampak barang2 kecik dimasukkan kedalam mulut...Nasib baik letak dlm walker.tapi biasenye dia ni tak suka sgt nak dok dlm walker ni lama lama. kejap je dah melalak minta di dukung.Kesian..alahai ibu tgh sibuk ni terpaksa tinggalkan keje sekejap melayani karenahnya.
Friday, July 23, 2010
si bulat yang semakin ligat
Posted by AB:: at 5:23:00 PM 0 comments
Labels: Amsyar ligat
Wednesday, July 21, 2010
Siakap Stim
Sabtu yang lepas ,cousin i dtg melawat my hubby. Siap bwk ikan siakap 2 ekor.Katanye suruh i masakkan Hubby sempena hari hari sakitnya. Lama gak i pikir nak masak ape dgn ikan siakap tu...surf punye surf internet terjumpe resipi siakap stim..so balik dr kerjaterus beli bahan bahan nak masak siakap stim tu...hehe inilah hasil air tangan ku utk sang suami tercinta...sedap cume termanis la.terlebih asam boii...(terlebih sudah)).next round masak sure lagi perfect huhu...
Posted by AB:: at 5:07:00 PM 0 comments
Monday, July 19, 2010
Resipi Nasi Goreng Jagung
Posted by AB:: at 8:46:00 AM 0 comments
Wednesday, July 14, 2010
:: Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa ::
Husband perlu berehat di wad selama mana selepas semuanye Ok.if dah boleh minum x muntah lagi, if dah boleh makan x muntah lagi, dah buang air kecik, air besar, k**t*t...baru boleh discharge dr hospital.Alhamdullillah semuanye mengambil masa selama 4hari atfter operation...utk pulang ke rumah.Namun pergerakkan nye tetap terbatas. Atas nasihat doktor dia hanya boleh melakukan kerja kerja ringan sahaja hanya selama sebulan dan cuti sakit diberikan selama 14 hari. manakala hari yang kesepuluh dr tarikh pembedahan suami harus pergi ke klinik utk membuka jahitan yang sepanjang 5cm tu..(auwwww ngerinye). Kepulangan suami juga telah disambut oleh kedua ibu & ayah mertua ku yang dtg dr Segamat taklupa juga disambut oleh anak kami yang sulung..(5 hari tak jumpe ayahnye..kesian). Terima kasih pada rakan dan sedara mara yang turut hadir menziarahi suami di hospital terutama buat .En.Alamshah( rakan karib husband) ayah & ibu mertua, En Bukhari (rakan sekolej suami yang dtg dr Kluang, En Is (Dr bahagian Diet mkananan HSI yang juga merupakan rakan sekolah husband), Pn Masliah & En Hazriq, mak uda dan Hakim, ayahku dan En Fairuz (adik ipar aku).Terima kasih juga kepada staff HSI terutama doktor-doktor yang telah merawat husband sepanjang di HSI.
~:: Doa ku semoga suami tercinta cepat cepat sembuh seperti sedia kala::~
Posted by AB:: at 3:03:00 PM 0 comments
Labels: hubby ku sakit
Tuesday, July 6, 2010
Azfar @ Hospital
4th Jun merupakan tarikh hari pembedahan untuk anak kami yang sulung. Jam 12pm -5am Azfar perlu bepuasa atas sebab syarat2 pembedaha.and last dia minum susu ialah pada jam 5pagi..tp memang pun time-time pagi mcm ni kami x pernah pun bagi makanan padanye.jadi tiada masalah baginye utk berpuasa.Pukul 6.30pagi kami dah kejutkan Azfar supaya bagun n mandi cepat2..takot takot terlewat pula memandang kan temujanji kami ialah pada jam 7.30 pagi..mujurla dia dengar kata ibu dia..Kesesakan lalulintas pasirgudang-johor bahru menggusarkan hati kami namun kegusaran itu lenyap apabila staf Puteri telah menghubungi kami bagi menkonfimkan kedatangan kami.Lantas situasi lalulintas dengan keaadan ttraffic jam yang kami alami di beritakan kepada staff tersebut dan temujanji yang diatur terpaksa di lwatkan setengah jam kemudian nya.
Setibanya kami di puteri kami terus menuju ke wad kecemasan dan kami dihantar ke tingkat 4 wad kanak-kanak..Azfar diberi ubat minum bg mengrilekskan keaktifannye..sebelum dibawa ke dewan bedah.setelah 1/2 jam kami di bawa ke dewan pembedahan.Sebak jugak tgk my son ni...tpi demi utk kebaikannya..kami gahkan jugak.aku ni jenis penakut belum sampai dewn bdah lagi perut dah kecut bukan pun aku yg nak kene bedah tetapi anak kami..Justeru aku mengambil keputusan utk tidak masuk ke dewan pembedahan dan tuagasan ini diajukan kepada suami tercinta utk menemani Azfar yang sememang mesra bersama ayahnda nye.Suami la yang melayani karenah si Azfar tatkala 1/2 jam sehingga Azfar tetrido sebelum pembedahan dilakukan.Aku yang berada di luar hanya mengankat tangan meminta doa supaya anak kami selamat dalam pembedahan. Menurut kata suami Azfar yang meronta ronta sebelum pembedahan terus diberi oksigen sebelum diberi suntikan bius oleh Pakar bius.Setelah operasi bermula suami di arahkan keluar dr dewan pembedahan dan duduk la kami berdua di luar pekarangn dewan pembedahan bersama sama lagi ahli keluarga pesakit yang lain. Satu demi satu nama waris pesakit yag telah selesai dioperasi di panggil oleh doktor..kami hanya menunggu dengan debaran sambil memanjatkan doa kepada yang Esa.Setelah hampir 1/2 jam kami menunggu...kedengaran suara Dr Lai Fui Boon dr unit Paedeteric nd Surgeory kanak yang telah melalku kan operasi terhadap anak kami memanggil nama kami .." anak puan telas selesai dibedah .lubang yang dihadapinya berdiameter sebesar ibu jari dan kita telah menutup lubang tersebut dan 1/2 jam dr sekarang dia akan keluar dr dewan ni" Hampir nak menitis air mata syukur kepada Tuhan anak kami selamat..Kami yang taksbar sabar menanti dengan hati yang tenang..tetiba klibat Azfar yang didokong oleh misi sampai di pintu dewan bedah..keaadaannye masih amat lemah kemungkinan kesan dr ubat bius dan ubat tido tu masih ade..dia seperti mamai mamai lagi merengek meminta balutan ditangannya dibuka. Mujur misi misi yang cekap td pandai berdrama utk mengalih arah niat si Azfar td. Kami dan azfar di bawk ke wad semula. Pesanan oleh misi supaya memberi Azfar minum air putih bile dia bgun dr tdo dan tunggu 10 min klu tak muntah baru sambung bg susu dan tunggu setengah jam kalau tak muntah baru sambung bg makan nasi..Ini semua atas arahan doktor bg melihat perkembangan usus nya selepas pembedahan tadi. Kami pegang pesanan itu..sehingga la Azfar betul2 sedar dr tdo.Kmi berada di wad lebih kurang 3jam bagi menungu last wad review oleh doctor sebelum pulang kerumah.
******************************************************
Posted by AB:: at 4:39:00 PM 2 comments
Labels: azfar di hospital